Wednesday, July 22, 2015

Cikgu pindah manaa

"Cikgu, cikgu masih di Sekolah Bangi lagi?" Itulah pertanyaan anak2 sekolah menengah lepasan SK Bangi apabila bertemu.

Yelah, cikgu tak ke mana, masih di sana.

Namun, sekeping surat hari ini mungkin akan menukarkan jawapan ini sedikit masa lagi. Kruukk.. kruuk, telefon bergetar menandakan panggilan masuk. Ada beberapa teguk air lagi yang perlu diminum. Segelas teh o beng hampir habis. Oh ya..ada apa panggilan tadi ya.

Jari mencari si pemanggil di ruangan panggilan masuk, rupanya partner yang call. "Cikgu.. Boss panggil".. Argh.. Ada apa ya.

Kak Sari di kantin terima bayaran teh o beng sambil mengeluh tentang bos nya yang tak datang. Repot bikin kerja katanya.

Sesampai di bilik bos. Assalamualaikum, Salam hari raya kebetulan lama tak bertemu. Bos persila duduk.

Ini ada satu surat katanya dari Melaka jemputan ceramah, tahniah lah sudah semakin jauh katanya, hari tu di Serting kan, ni dah sampai Melaka. Sudah hampir satu Malaysia.

Alhamdulillah  tuan, kebetulan benda ni (hypnoterapi) baru di Malaysia. Jadi.. Ramai orang nak cuba. Habis cerita soal hypnosis bos tarik satu surat lagi. Berlapis2 suratnya.

Tahniah jugaklah, kerana dapat perpindahan ke sekolah baru. Saya tak boleh buat apa sebab surat dah sampai.

Sebelum 1 Ogos cikgu kena laporkan diri. Selamat berkhidmat di tempat baru.

Kaki melangkah bagaikan kehilangan tenaga. 10 Tahun 7 Bulan rupanya singkat. 2005 ku hadir dengan semangat bagaikan besi waja. Pelbagai kenangan zaman satu sesi dan dua sesi. Zaman 1 alam dan 2 alam. Dari bilik kaunseling di atas berkipas hingga ke bawah berhawa dingin. Dari bersendirian hingga 4 orang. Dari murid 700 hingga 1900. Tup tup.. Tiba masanya kita pasti tidak selamanya begini.

Hanya takdir yang menentu arah perjalanan hidup kita. Akui... Tidak mudah mengangkat kaki untuk pergi. Cerita katak dalam balang air kini menjadi nyata.

Hari raya, orang bergembira. Mood raya masih ada. Hari raya ini juga unik, disulami mood pindah.

Apa ada cikgu mohon pindah? Tanya kawan-kawan hairan. Tak ada. Hanya arahan. Orang atasan yang menggerakkan kita. Ada suara yang mohon tangguh, baru nak berkenalan dan mesra katanya.

 

No comments:

Post a Comment