Monday, August 31, 2015

Siapa saya

SIAPA SAYA
---------------------

a. Saya seorang Murid

Saya adalah seorang pelajar yang dalam proses belajar. Dengan kata lain, saya adalah seorang murid. Perkataan "murid" diambil dari kata bahasa arab 'arada, yuridu' maknanya yang berkehendak. Murid adalah manusia sentiasa berkehendakkan sesuatu yakni ilmu dari seorang gurunya. Jadi sikap seorang murid mestilah seiring dengan gelarannya. Saya sebagai murid wajib hormat guru saya. Diam apabila beliau menyampaikan ilmunya.

b. Saya seorang Anak

Sebagai manusia, saya sememangnya dilahirkan oleh seorang ibu dan saya mempunyai seorang bapa. Saya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada mereka. Ibubapa saya adalah orang yang paling hebat memutuskan hal-hal kehidupan saya. Saya sekolah di sini, kerana ibubapa sayalah yang memilih sekolah ini. Kepada mereka saya wajib taat dan patuh sepenuhnya selagi mana suruhan mereka seiring dengan agama. Bahkan syurga saya terletak di bawah telapak kaki ibu.

c. Saya sebagai Hamba

Dalam masa yang sama, saya juga adalah hamba kepada Tuhan yang menjadikan saya. Tidak mungkin saya terjadi dengan sendiri. Pasti ada yang menjadikan saya. So, saya ada tanggungjawab saya dengan Nya.

Sebagai murid, anak dan hamba, saya mesti tunaikan semua kewajipan saya secara serentak walau dimana saya berada.

Read more »

 
Thursday, August 27, 2015

Yasin Jantung Al-Qur'an

Orang yang selalu membaca Al-Quran hatinya akan jadi lembut.

Read more »

 

Catatan Kembara Hidup

Singgah lalu

Read more »

 

Sukar dalam Kepayahan

Emangnya sukar mencari kawan yang setia bersama selama. Mencari kawan yang boleh gelak bersama itu mudah. Mencari kawan yang sanggup menangis bersama itu payah.

Berbahgialah dirimu jika kau menemui sahabat yang sanggup bersamamu. Setia dan sentiasa ingat kan dirimu. Sentiasa ingin kau lebih baik.

Kelak dia pergi... Kau tak kan menemui
lagi. Seringkali kesempatan yang berharga itu datang hanya sekali. Terlalu amat sukar untuk terulang kedua kali. Usah persiakan peluang hidup yang ada. Moga dirimu bahagia menemui Sang Pencipta.

Yauma taralmukminiina wal mukminaati yass aa nuuruhum..

Hari itu (kiamat) kamu akan melihat orang2 mukmin lelaki dan perempuan bercahaya dihadapan dan kanan mereka, inilah berita gembira buat mereka.. mereka dijanjikan dengan syurga..kekal di dalamnya. Itulah pembalasan yang besar maha hebat dari Tuhan nya.

Read more »

 

Kunjungan ke SK Sri Amar

Buat kali kedua saya mengunjungi SK Sri Amar Johor Bharu. Atas jemputan Cikgu Nor Akmal

Read more »

 
Tuesday, August 25, 2015

Hidayah Milik Allah, Kita Hanya Menyampaikan

Jikalau kita boleh memberikan hidayah kepada seluruh manusia ibarat orang kaya boleh memberi bantuan, nescaya ramailah manusia yang akan menjadi baik, hebat, kaya, berjaya dan bahagia.
Namun tidak begitu rupanya. Hidayah itu milikNya. Dia beri pada orang yang istimewa. Ibarat hadiah, pasti kita akan berikan pada orang-orang yang istimewa.
Nah, siapakah orang yang istimewa di sisi Allah Taala? Tentunya Dia membuat pilihan bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berdasarkan hati-hati yang sentiasa mencari DiriNya.
Hati yang sering berpaut dan bergantumg dengan Nya dalam susah dan senang. Hati yang remuk dalam merinduiNya. Hati yang kenal siapa Dia.
Hati ini paling senang hidayah masuk, duduk dan berteman dengannya. Lalu hiduplah orang-orang seperti ini dalam PimpinanNya, dalam BimbinganNya, dalam rahmat, redha dan Kasih SayangNya.
Ayuh.. Kita usahakan menjadi hati yang paling bagus. Hati yang takut. Sentiasa khawatir tentang diri sendiri. Hati yang sentiasa ternampak-nampak balasan jika kita dalam maksiat kepadaNya.

Read more »

 
Monday, August 24, 2015

Posing Hilang Tention

Geng JU Data Selangor tak melepaskan peluang untuk bergambar di tingkat paling atas One City ini.















Read more »

 
Sunday, August 23, 2015

Kuasai Hipnosis Dengan Cara Paling Mudah


Kepada sesiapa yang berminat belajar atau ingin menambah ilmu pengetahuan lagi tentang Hipnosis, kemudian mengamalkannya dengan aman, marilah bersama-sama insan yang bakal menjadi hebat dan ternama, belajar Hipnosis.

Dengan pengetahuan ini, anda bakal dapat melaksanakan Hipnoterapi bersama klien anda. Pelajari teknik memasuki alam bawah sedar seseorang dengan cara aman dan berkesan.

Saya mempelawa anda untuk bersama saya

Noorhisham bin Hamzah, CH, CHt

Read more »

 
Friday, August 21, 2015
Friday, August 14, 2015

Theva dlm kenangan

Read more »

 

Motivasi Lewat Hipnoterapi

Siri ceramah saya yang pertama kali di Negeri Perak ialah di SK Kg Bahagia. Undangan atas nama Guru Bimbingan dan Kaunseling Encik Hasnan dan rakan beliau untuk saya bersama-sama dengan murid tahun 6 dalam pecutan akhir.

Terima Kasih Perak,
Terima Kasih SK Kg Bahagia,
Terima Kasih En Hasnan

Read more »

 
Tuesday, August 11, 2015

Posting Cikgu Azila di blog skbangi

3 Ogos 2015 (Isnin), merupakan hari terakhir Guru Bimbingan dan Kaunseling GBK berkhidmat di SK Bangi. Beliau akan menyambung khidmatnya di SK Beranang setelah berkhidmat di sini selama 10 tahun 7 bulan. Perpindahannya merupakan suatu kehilangan yang besar bagi seluruh warga SK Bangi.

Moga Cikgu Hisham sentiasa cemerlang walau di mana berada. 
Kenang kami dalam doamu... doakan kecemerlangan anak-anak didik SK Bangi....











Read more »

 
Saturday, August 8, 2015

SK Seri Bernam Yong Peng

Tiba di sini hari ini. Pagi ini, saya di SK Seri Bertam, Yong Peng, Johor. Bersama anak² Malaysia tahun 5&6. Sugesti motivasi pembinaan akhlak diri melalui penembusan nilai² positif ke otak separa sedar. Program ini di kata orang Hipno, adakalanya digunakan sebagai terapi diri bagi tujuan tertentu. Makanya dikatakan hipnoterapi.

Kenapa perlu menembusi minda separa sedar.

Umumnya para ahli ilmu mendapati nilai2 manusia (perangai), keyakinan, pengalaman, mimpi, data² semuanya berada dalam minda s.sedar. minda inilah yang mengontrol manusia sebanyak 88%. 

Untuk mengubah nilai manusia, ubah perangai dan keyakinan, kita perlu masuk ke dalam minda ini dan mengganti nilai2 baru yg baik.

Kerana itu, anak² kita boleh diubah sikapnya melalui teknik Hipnoterapi. Ibu bapa adalah orang yang terbaik untuk mengubah tinhkahlaku anak. Jom belajar caranya. Saya suka kerana telah berjaya mengaplikasikannya. Anda mahu belajar tak? haaza min fadli  rabbi.


Read more »

 

Motivasi di SK Sabak Uni

Batu Pahat : Tamat Program di SK Bandar Teknologi, saya ke Batu Pahat atas jemputan Cikgu Rafidah Iderus di SK Sabak Uni.
Sahabat lama saya En Azman Safri juga turut mengundang ke sekolah Kebangsaan Bertam. Ceramah motivasi dan teknik penanaman sugesti melalui hipnoterapi ini sangat mudah dilakukan, apalagi melihat manfaatnya yang diperolehi dalam masa yang singkat.
Saya cuba memperkenalkan kepada seluruh Malaysia. Alhamdulillah setakat ini Negeri Sembilan, Selangor dan Johor banyak mengundang saya .
Sementara kudrat dan masa masih ada, saya akan penuhi undangan. Insya Allah minggu depan di dua buah sekolah di Johor Baharu.

Read more »

 
Wednesday, August 5, 2015

Program Minum Susu Setiap Hari

Do SK Beranang, murid-murid mendapat susu percuma setiap hari. Susu ini diagihkan selepas waktu rehat.

Read more »