Tuesday, August 25, 2015

Hidayah Milik Allah, Kita Hanya Menyampaikan

Jikalau kita boleh memberikan hidayah kepada seluruh manusia ibarat orang kaya boleh memberi bantuan, nescaya ramailah manusia yang akan menjadi baik, hebat, kaya, berjaya dan bahagia.
Namun tidak begitu rupanya. Hidayah itu milikNya. Dia beri pada orang yang istimewa. Ibarat hadiah, pasti kita akan berikan pada orang-orang yang istimewa.
Nah, siapakah orang yang istimewa di sisi Allah Taala? Tentunya Dia membuat pilihan bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berdasarkan hati-hati yang sentiasa mencari DiriNya.
Hati yang sering berpaut dan bergantumg dengan Nya dalam susah dan senang. Hati yang remuk dalam merinduiNya. Hati yang kenal siapa Dia.
Hati ini paling senang hidayah masuk, duduk dan berteman dengannya. Lalu hiduplah orang-orang seperti ini dalam PimpinanNya, dalam BimbinganNya, dalam rahmat, redha dan Kasih SayangNya.
Ayuh.. Kita usahakan menjadi hati yang paling bagus. Hati yang takut. Sentiasa khawatir tentang diri sendiri. Hati yang sentiasa ternampak-nampak balasan jika kita dalam maksiat kepadaNya.

 

No comments:

Post a Comment