Monday, August 31, 2015

Siapa saya

SIAPA SAYA
---------------------

a. Saya seorang Murid

Saya adalah seorang pelajar yang dalam proses belajar. Dengan kata lain, saya adalah seorang murid. Perkataan "murid" diambil dari kata bahasa arab 'arada, yuridu' maknanya yang berkehendak. Murid adalah manusia sentiasa berkehendakkan sesuatu yakni ilmu dari seorang gurunya. Jadi sikap seorang murid mestilah seiring dengan gelarannya. Saya sebagai murid wajib hormat guru saya. Diam apabila beliau menyampaikan ilmunya.

b. Saya seorang Anak

Sebagai manusia, saya sememangnya dilahirkan oleh seorang ibu dan saya mempunyai seorang bapa. Saya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada mereka. Ibubapa saya adalah orang yang paling hebat memutuskan hal-hal kehidupan saya. Saya sekolah di sini, kerana ibubapa sayalah yang memilih sekolah ini. Kepada mereka saya wajib taat dan patuh sepenuhnya selagi mana suruhan mereka seiring dengan agama. Bahkan syurga saya terletak di bawah telapak kaki ibu.

c. Saya sebagai Hamba

Dalam masa yang sama, saya juga adalah hamba kepada Tuhan yang menjadikan saya. Tidak mungkin saya terjadi dengan sendiri. Pasti ada yang menjadikan saya. So, saya ada tanggungjawab saya dengan Nya.

Sebagai murid, anak dan hamba, saya mesti tunaikan semua kewajipan saya secara serentak walau dimana saya berada.

 

No comments:

Post a Comment