Thursday, September 24, 2015

Pelajari Teknik Hipno Sebagai Terapi Diri dan Orang Lain

Assalamualaikum wr wbt,

Saya perkenalkan diri saya, Noorhisham bin Hamzah, seorang guru Bimbingan, berpengalaman 11 tahun dalam dunia pendidikan dan salah seorang pengamal Hypnoterapi. 

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian, manfaat mempelajari ilmu hypnosis. Ilmu ini atau kemahiran ini sebenarnya sangat baik bagi kita sebagai guru dan juga ibubapa.

Terlebih dahulu saya ingin jelaskan, Hypnosis adalah ilmunya, manakala hypnoterapi adalah cara kita memberikan terapi kepada seseorang melalui ilmu hypnosis. Sedangkan perkataan hipno itu sendiri membawa maksud tidur.

Apa Manfaat mempelajari ilmu hypnosis/hipnoterapi?

Dengan kemahiran yang ada, kita boleh membantu klien kita untuk masuk ke minda separa sedar mereka. Anda tahu, apa ada dalam minda separa sedar, atau orang sebut sub conciuos mind. Dalam minda separa sedar, terdapat data /maklumat yang tersimpan untuk tempoh yang lama, ini disebut long term memory. Dalam data inilah juga adanya kepercayaan seseorang, (belief system), mimpi, sikap, kreativiti,  inovasi, gambar-gambar, warna, idea-idea, muzik, irama dan lain-lain yang terdapat dalam otak kanan.  


Penceramah Hebat

Saya juga ingin mengajak anda menjadi seorang penceramah yang mampu membentuk sikap manusia dari negative ke arah positif. Sikap dan kepercayaan, yang berada dalam minda inilah menghambat perkembangan manusia. Kerana dirinya berkata aku tak pandai, aku malas, aku bodoh, aku itu ini dan sebagainya. Ketika kita berceramah, kita lah yang mahu mereka berubah, sedangkan mereka tak berubah pun.. Kann?? Apa sebabnya? Sebabnya mereka tak mahu pun berubah.

Nah, dengan kemahiran ini, kita seolah menukar kemahuan kita menjadi kemahuan dia. Sugesti yang kita berikan seolah-olah itulah kemahuan diri dia sendiri.

Kita membantu mengubah nilai mereka dengan memasuki ke alam alpha. Anda mungkin juga telah maklum bahawa minda kita bekerja dalam suasana betha, alpha, theta dan delta.

Ketika sesi ceramah berlangsung dalam minda mereka berada pada tahap betha, nasihat dan pengajaran yang baik mungkin tidak mampu mengubah sikap mereka. Sebab itu, mereka dengan cara mereka, habis ceramah, sikap mereka terus-terus masih seperti itu.

Blokir

Dalam minda manusia, antara minda sedar (otak kiri) dengan minda separa sedar (otak kanan), terdapat filter yang saya istilahkan sebagai jaga atau guard, jaga ini lah berperanan menahan dan menolak semula semua gagasan orang lain, idea orang, nasihat orang lain yang bertentangan dengan nilai, minat dirinya.

Melalui kemahiran hipno, kita boleh membuatkan jaga ini leka dan tertidur, lalu kita masuk ke alam minda bawah sedar mereka dan memformat kembali beberapa fakta di dalam mindanya.


HipnoParenting

Selain itu, anda sebagai ibu dan bapa, saya percaya anda sedang berhadapan dengan perangai anak serba satu keanehan, yang sulong dengan yang bongsu dan di tengah-tengah semua membawa watak berbeza. Ada yang dominan visual, ada yang lebih kepada auditori dan ada pula yang cenderung banyak ke arah kinestetik.

Kita memang tidak mengadu kepada sesiapa perihal sikap anak kita yang kadang-kala mengjengkelkan. Sikap anak kita sememangnya boleh kita ubah, kebiasaan-kebiasaan buruk itu boleh diganti dengan kebiasaan baru. Kaunseling  memang tak jalan, tetapi saya menemukan hipnoparenting sangat mudah mengubah sikap atau kebiasaan buruk anak.

Antara lain, manfaat hipno ialah membantu klien yang trauma, ketakutan, takut lipas, takut tempat tinggi, fobia, benci pada seseorang terlampau amat sehingga menggangu prestasi kerjanya dan lain-lain yang akan kita bicarakan dalam bengkel nanti secara lebih terperinci.

Saya, saya bertanya anda? Apa pendapat anda tentang ILMU ALLAH ini semua? Apakah anda tak mahu memilikinya? 


Saya mengajak anda semua untuk menjadi salah seorang 20 peserta yang akan mengikuti bengkel selama 3 hari nanti. Trainer terlatih dan berpengalaman akan menjadi penyampainya dengan modul yang sangat penting buat anda.



Anda yang Berjaya mengikuti bengkel dengan jayanya, akan mendapat 3 Certified yang membawa gelaran dibelakang nama anda. Gelaran tersebut ialah TH, Turbo Hipnosis, CH, Certified Hipnosis dan CHt, Certified Hipnoterapi. Anda bukan sahaja mendapat kemahiran baru, tetapi juga sudah boleh melakukan terapi terhadap siapa pun yang memerlukan.  

Saya, Noorhisham bin Hamzah,S.Sos,I,CH,CHt adalah antara insan yang sudah merasakan nikmatnya. Ayuhlah, dalam usia kita yang singkat ini, kita perbanyakkan ilmu dan amal. Imam Syafie meninggal pada usia 54 tahun. Subhanallah... Untung beliau sempat memanfaatkan seluruh kehidupannya untuk ummah. Jangan bertangguh lagi saudara ku untuk belajar sesuatu yang baru dan bemanfaat. Saya baru mendengar sahabat saya, Puan Lenny Shafinaz Kaunselor SMK Ketengah Jaya mengatakan, “saya baru merasakan diri bermanfaat bagi orang lain, setelah saya berusaha upgrade diri”.

Bengkel yang saya anjurkan ini julung-julung kali memberi peluang kepada insan yang suka menjadi hamba yang cemerlang. Sesungguhnya, orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang tak cemerlang, tak suka lakukan.

Lokasi : Hotel Amani Bandar Baru Bangi
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tarikh : 30 Nov -2 Disember 2015

Yuran : RM1000 sahaja, termasuk makan minum.
Tambahan untuk Penginapan RM120.00 2 malam.


Hubungi saya di whatsapp 0196144040 untuk pertanyaan lanjut.
 

No comments:

Post a Comment