Saturday, November 14, 2015

Coretan Minggu Ini (November 2015)


Kisah Turning Point 1
==================
Jika saya menemui penagih yang sedang dalam proses untuk pulih, saya akan bertanya, kenapa anda ingin pulih.

Dalam seribu penagih, hanya seorang yang berjaya pulih. Termasuklah sahabat saya arwah Hafney.
Salah seorang menjawab begini. Dia sudah lama menangih. Tidak peduli apa orang kata. Satu hari, ketika sama sama duk main jeck jarum di dalam semak bersama kawannya, tiba-tiba datang seorang berkata kepada kawan nya, hei, balik lah engko, emak kau meninggal kat rumah tu. Member ni jawab jawab, kejap la lagi bro..aku nak layan sejarum lagi.
Habis layan sejarum, dia dan kawannya pun pergi lah ke rumah yang meninggal. Sesampai disana, jasad emak kawannya sudah tiada, sudah siap dibawa ke kubur dan ditanam.
Orang berkata kepada kawannya, apalah engkau ni, mak sendiri meninggal pun tak balik.
Dari kisah ini dia terfikir. Hari ini mak kawan aku meninggal. Ntah ntah besok mak aku sendiri. Dahsyat betul penangan dadah ni. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berhenti.
Inilah yg saya katakan turning point. Sebab untuk seseorang itu berubah. Berapa ramai penagih yang hati kecilnya meronta-ronta ingin berubah? Tetapi semuanya gagal.
Begitulah manusia biasa, kalau ingin berubah, anda perlukan turning point, iaitu sebab APA yang terbesar untuk anda berubah. Kenapa anda perlu berubah? Untuk apa? Jika jawapan ini tak ditemukan, maka sukar bagi anda untuk berubah.

AYAH TARIK BARANG MAINAN ANAK


Ketika seorang anak sedang berdoa, dalam masa yang sama dia mengambil hand phone dan bermain dengan hand phone nya. Bapaknya yang melihat perangai anaknya ini terus merampas supaya dia lebih khusyuk dalam berdoa.
Pun begitulah sang hamba, yang asyik leka dengan dunianya, dengan keretanya, rumahnya, perniagaannya, kehebatannya, Allah Taala tarik semula, supaya dia lebih khusyuk dalam menghamba diri padaNya.
Ada kereta, kereta terbakar, ada bisness, bisness hancur, ada nama, nama tercemar, semuanya adalah kerana Allah sedang memerhatikan gerak geri hambaNya. Dia sedar hamba itu yang Dia kasihi sedang hanyut, lalu Dia tarik semula.

Subhanallah. Jika kita masih ada segalanya, syukurlah. Supaya kita sedar itu semua adalah dariNya.
Ketika kita diambil apa yang ada, syukurlah, Dia sedang memerhati anda. Anda dalam perhatianNya.

Kisah Turning Point Seorang Penagih
==============================
Sekiranya bertaubat itu satu hal yang mudah atau gampang, maka tidaklah besar pahalanya bagi orang yang bertaubat.Tuhan acap kali memuji orang yang bertaubat, Tsumma Tuubuu.lantaran dia mundur kembali ke jalannya yang lurus menuju destinasi yang memandu nya pulang ke pangkuan.
Jalan yang lurus menuju syurga, tanpa belok-belok kiri kanan, tanpa terjun atau terhumban dahulu ke lubang neraka. Makanya kita memohon Ihdinassiratal Mustaqim,Tunjukkan kami jalan yang lurus. Mungkin antara kita lebih ramai tahu membacanya dengan fasih macam orang Arab, namun kurang memahami apa maknanya sih, siratal Mustaqim itu.
Kita tinggalkan sebentar pembuka bicara itu, saya pernah temui seorang penagih dadah, dia berasal dan tinggal di Serdang Lama. Seronok berbual dengannya, mulanya ada perasaan takut-takut untuk menegurnya, ketika saya memberikan kuliah di surau dalam pusat serenti, matanya memandang terus ke arah saya. Wajahnya kelihatan agak garang dan bengis. Ah... nampak macam gedebe dia ni, nanti dia. Bisik hati kecil saya. Habis ceramah, diwaktu yang lain, ketika habis solat asar (kalau tak salah) saya mendekatinya.Bertanya dari mana asalnya.
So, cerita yang saya dapati darinya begini, kesimpulan yang dapat saya kutip, rupanya bukan mudah untuk bertaubat. Jangankan bertaubat, untuk memulakan taubat pun bukan main susah. Dalam penagihan, orang yang ingin berhenti dari menagih, dia mensti mendapatkan turning point (faktor untuk berhenti dari terus menagih) dalam hidupnya. Turning point adalah sebab untuk berhenti. Untuk apa dia nak berhenti dari terus menjadi penagih. Kalau ini dia tidak temui, maka sampai mati pun dia akan hidup dalam dunia penagihan. Dalam penagihan juga, berkata Saudara Hafney,,, hanya 1 dalam seribu yang berjaya berhenti.
 

No comments:

Post a Comment