Wednesday, November 4, 2015

Dalam Kenangan Selamanya

Tarikh 4 November adalah tarikh penting buat warga guru SK Bangi dan juga SK Beranang. Tarikh ini mempunyai kaitan dengan seorang guru besar yang telah berada di kedua-dua buah sekolah tersebut.

Selama 8 tahun beliau menjadi PK Koko di Sk Beranang, kemudian berpindah menjadi Guru Besar di SK Bangi selama 8 tahun (2002-2010) dan kembali semula ke SK Beranang sebagai guru besar.
Menurut pencerita yang penulis dapatkan, setiap hari setelah beliau meninggal, ada sekeluarga miskin yang sering datang ke kuburnya setiap hari/minggu untuk menziarahi. Katanya, arwah adalah seorang yang aktif menderma dan membantu orang miskin selama hayatnya dalam diam. 

Sebab itulah, setelah beliau tiada, keluarga itu sentiasa datang. Apa yang penulis ingin catatkan di sini sebagai peringatan bersama, adalah menjadi kebiasaan seseorang akan meninggal tak jauh dari tarikh dia dilahirkan.  Penulis sering berjumpa dengan beberapa kes yang sama. Antara lain, inilah contohnya. Arwah meninggal pada 4 November, sedangkan beliau dilahirkan pada 2 November.


Hari Jumaat

Ketika Lawatan YB Adun Bangi, DR.Shafie menyampaikan hadiah buku kamus kepada murid SK Bangi

Dalam Kenangan. Pn Zakiah Idris. 50 Tahun 2 Hari. Selamat Jalan Menuju Alam Abadi.Sempat Berbakti pada SK Bangi.Menabur budi setiap hari.Akhirnya pergi mengadap Ilahi. Aduhai..Alangkah singkatnya hidup ini. Datang ke dunia dengan tangisan, Pergi dilepas dengan solat, Hidup antara Azan dan Solat, Aduhai, alangkah singkatnya hidup.
Kepada yang mengenali insan bernama Cikgu Zakiah Idris. Titipkan doa mu buat nya di alam barzakh. Hari ini beliau pergi, esok kita pun kan menyusuri. Tiada lagi amal dan bakti, yang kekal hanya amalan dibawa ke mati.

Ramai yang terasa kenaikannya dalam kerjaya ada sangkut paut dengan arwah. Ada juga yang dari guru biasa tiba-tiba dilantik menjadi Guru Besar. Hal ini membuat ramai yang terkejut. Apabila ditanya penyebabnya, jawapannya adalah markah tahunan guru tersebut sentiasa 95% ke atas selama 3 tahun berturut-turut. Siapa kah yang terlibat memberikan markah itu? Arwahlah salah seorang. 

Untuk yang tiada, salahnya dimaafkan, Dosa nya kita ampun, kebaikannya kita sebarkan. Mudah-mudahan kita pula nanti mendapat imbalan yang sama. AlFatihah

Dalam Artikel Lain : http://norish77.blogspot.my/2012/11/buletin-november-2012.html
 

No comments:

Post a Comment