Friday, January 1, 2016

Bangunlah, Syukurlah

Assalamualaikum sahabat, bangunlah dipagi ini dengan penuh rasa syukur.

Hari2 yang INDAH dalam hidup ini ialah tatkala seseorang itu bangun dengan penuh rasa kehambaan, menunaikan segala kewajipannya selaku, HAMBA, ahli keluarga dan pekerja.

HIDUP ini sekadar menunggu panggilanNya. Sekuat mana pun kau bekerja. Namun akhirat itu kekal buat mu. Mencari rezeki di dunia, tak boleh bawa ke mana, hanya di dunia sahaja. Itu pun belum tentu hasil kerja sebulan boleh makan berbulan-bulan.

Apalah gunanya menjadi manusia hebat dimata orang, jika kita miskin di hadapan Tuhan. Miskin amal, miskin nilai kehambaan.

Subhanallah.. terima kasih menggolongkan kita ke dalam hambaNya yang sentiasa dibimbing. Semoga hidup kita terus mendapat nikmat, berkat dan keselamatan di dunia dan akhirat
 

No comments:

Post a Comment