Sunday, January 24, 2016

RAHSIA MEMBUAT AUDIEN TERKEJUT DENGAN PENAMPILAN CERAMAH ANDA

Assalamualaikum, mungkin anda masih ingat gambar ini? Ya.. Dalam catatan facebook.com/skbangi. Untuk makluman itulah facebook saya yang kerap digunakan. Dan sekarang saya amat memilih friend untuk dijadikan sebagai kawan. Jika saya melihat dari sisi gambar nya yang kurang baju, ye lah...tanpa banyak bicara, terus unfriend. Jadi..sesiapa kepingin menjadi kawan dan mengambil bahan motivasi yang ada, silakan PM saya. 

Ok lah,  kita sambung cerita, bagaimana teknik membuat audien terkejut dengan penampilan gambar2 mereka di dalam slaid ceramah kita. Biasanya saya lakukan untuk ceramah yang memakan masa 1 jam lebih, lebih tepatnya 2 jam. Untuk mengisi slaid awal dan juga bertujuan membuat audien terkejut, terpesona, membuka mata dan tertanya-tanya bilakah gambar mereka diambil. Apabila tiba pada slaid ini, ramai audien akan mula senyum dan ketawa. Ya...kita sudah menang pada peringkat awal, kerana berjaya menarik mata dia. Ini penting bagi mengalihkan perhatian dan fokus mereka kepada hal-hal yang lain. Maklumlah, kita penceramah baru dimata mereka, bukan ada nama tersohor pulak tu.

Caranya bagaimana?

Setibanya anda di dalam dewan itu, ketika mangsa masih sibuk melihat hal yang lain, masih mendengar perkara lain, dan mereka tak kenal pun siapa anda. Ambillah Hand Phone anda dan terus snap berkali-kali pada sasaran anda. Jangan lupa cari gambar yang lucu, yang terngaga, yang sedang bercakap dan lain-lain.

Terus? Seterusnya cepat-cepat upload ke Facebook anda sendiri. Ya..ke facebook, jika ada medium lain yang boleh anda upload dan download paling pantas, silakan. Jadi anda perlu kan internet di sini. 

Terus buat apa? Buka lah laptop anda, kononnya anda sedang memperbaiki bahan yang ingin ditampilan sebentar lagi, bukalah facebook anda tadi dan cepat2 download gambar itu dan selitkan dalam slaid anda.

Buka gambar itu sebesar-besarnya bagi setiap page..Dah siap? Langsung saja SAVE...... OK Tenang saja, sebentar lagi nama anda akan dipanggil untuk menjadi penceramah.

Mulakan dengan  pembukaan yang menarik, bla bla bla, tunjuk slaid awal dan ...!!! Anda ucapkan rasa bertuahnya anda hari ini kerana dapat bertemu dengan insan-insan yang sangat bertuah dan hebat, ini dia gambar nya, slarrppp....Fuh...Eh,, Eh.... Ini siapa ni...anda bertanya sambil menunjuk kan dengan pointer gambar yang lucu tadi.. Para hadirin semua sedang ketawa.. Ya..ketawa itu menandakan mereka sudah suka.

Teruskan foto kedua, ketiga dan keempat. Akhirnya masuklah ke dalam slaid ceramah anda. Penonton pasti terpinga-pingan hingga akhir ceramah anda..

Silakan mencubanya!!


Anda juga boleh mendapatkan Ratusan Power Point, Video-video dan Bahan Ceramah Lain dari saya yang saya dapat dari kawan-kawan, saya kumpul dan sanggup berikan kepada sesiapa yang juga SANGGUP berusaha untuk mendapatkannya.

Berikut adalah Tajuk2 Ceramahnya yang semuanya kini berjumlah 30GB.

Noorhisham Kr

 

No comments:

Post a Comment