Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Monday, January 25, 2016
Ktup... Mesej Whatsapp masuk, siapa ni.. bisik hati, Oh... Cikgu Zai.. "Cikgu, saya ada berita baik, nak bagi tau.."

Apa tu, tadi kan masa kat sekolah, penyelaras bagi saya peluang urus murid tahun 1, tak rancang nak buat apa-apa, tiba-tiba teringat teknik hipno, lalu saya buat  hipno, diam semua murid.

Cikgu Zai adalah salah seorang alumni Hipnosis yang baru saja tamat menuntut ilmu ini bulan Disember lalu. Kesempatan yang ada, beliau hadir dan korbankan sedikit wang dan juga masa untuk menjadi aku yang baru. Pengorbanan beliau tidak lah sia-sia kerana telah bertukar menjadi orang baru tahun 2016.

Sebagai sahabat, saya rasa cukup terharu atas kesungguhan beliau mempraktikkan amalan ini. Selama ini kita lihat orang lain yang buat, nah...hari ini kita sendiri boleh buat asal tau caranya. Gampang bin senang rupanya.

Lihat tu, budak perempuan tu, pejam mata rapat, tengah membayangkan apa yang disugestikan oleh gurunya, Biasanya guru akan bercakap, murid mendengar dalam diam, sugesti2 berupa pembentukan sahsiah terpuji. Misalnya, kamu anak yang baik, anak mendengar arahan, diam masa belajar, cergas menjawab soalan guru. Rajin solat dan sebagainya. Perkataan-perkataan ini masuk ke minda separa sedarnya. Dan kekuatannya 9 kali ganda lebih dari ucapan biasa.

Cuma...anda perlu tahu step awal untuk masuk pintu hipno dan bagaimana jalan keluarnya. Jangan terjadi macam kawan saya sorang tu, masa ni beliau belum khatam belajar lagi...semasa budak tertutup matanya, beliau tiba-tiba hilang mantera bagaimana nak bangun anak ini, lalu dibisikkan ke telinga nya, woi woi...bangun-bangun.

Itu cerita sekadar mengisi ruangan blog ini, jangan takut pada omongan orang yang belum belajar, katanya jika masuk dalam kondisi hipno, tak boleh keluar-keluar lagi...ah....ini bukan masuk alam jin macam di SK Tohoi tu..  yang tu memang la tak balik-balik sampai 40 hari. Ish... itu cerita lain lah.

Untuk anda yang suka belajar dan tak puas dengan apa yang ada dari aspek ilmu.. Jom belajar.

Saya nanti anda di sini..


0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers