Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Wednesday, February 17, 2016
Datang Tak diundang
Pergi Tak dikenang
Orang lain ruhnya Aman
Dia menderita sepanjang Zaman

Itulah yang boleh dikatakan nasib manusia meninggal dalam kategori haiwan.
Kategori kedua : Meninggal dalam keadaan kurus kering.
Golongan tak beramal. Nama saja Islam. Tapi tak berapa kuat amalan. Kajian orang Kristian mendapat tak lebih 10% orang Islam yang faham agamanya.

Sekiranya seseorang telah selesai kerja-kerja wajib dia pada hari ini, dia pasti akan tidur dengan nyenyak sekali malam nanti. Namun jika dia belum tunaikan solat Isyak kemudian tidur..pasti tidurnya terganggu. Asyik terjaga dan risau.
Begitulah..Seseorang yang meninggal. Jika banyak kerja dia belum siap sempurna, solatnya tak sempurna, pendidikan anak tak beres, hutang tak bayar, ibadahnya tak berkualiti, matinya tak menjadi satu kerehatan baginya.

Seharusnya bagi orang Mukmin..almaut raahatu lilmukmin..kematian adalah Satu kerehatan yang panjang baginya. Penat dia bekerja dan berjuang, akhirnya dia meninggal Alam nan Fana ini. Makanya mati bagi dia adalah Satu kerehatan yang panjang.

Apa yang saya kenali. TGNA adalah Satu ikon yang sarat dengan nilai tasawuf. Setiap ucapan beliau tak lari Dari mengingati mati, syurga dan neraka. Bila ingat mati, automatic manusia akan ingat Allah. Kerana Mana mungkin mati dan Allah boleh berpisah. Kerana bila Seseorang mati, dengan Allah lah dia akan bertemu. Baik dalam keadaan suka atau tidak.

Saya pernah melihat beliau berwuduk. Sekali paip dibuka. Beliau tadah air, bila air Sudah penuh beliau ratakan air Ke muka dan cepat-cepat menutup paip sambil meneruskan merata air Ke seluruh wajahnya. Di waktu yang lain beliau berkata, air ni (air di masjid) nak orang ramai, orang ramai yang tolong bayar kan, maka jangan lah kita membazir.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers