Tuesday, August 23, 2016

Pesanan untuk Mak Ayah dan Guru2 yang saya ceramahi anaknya tadi

Assalamu alaikum wr wbt dan salam sejahtera, anak anda sangat bertuah pada hari ini kerana takdir telah menemukan saya dan mereka.

Rata-rata peserta yang mendengar ceramah saya, tidak akan bangun dari tempat duduknya, baik sekolah rendah atau menengah.

Dalam siri ceramah tadi, anak tuan telah diajar bahawa hidup ini singkat. Saya mohon dia bertindak secepat mungkin untuk buat perubahan. Hormati ibubapa, rajin dalam belajar, rajin menolong orang tua dirumah dan jadilah murid yang cintakan ilmu, gurunya dan aktiviti kerja sekolah. Apalagi dengan Tuhan. Mesti tunaikan kewajipan sebagai hamba kepada Tuhannya.

Rata-rata mereka menangis tanpa disuruh, itu bermakna jiwanya tersentuh. Syukur dia masih punya perasaan dan jiwa. Ada juga yang setitis air mata pun tak keluar. Namun air mata bukan ukuran dia insaf atau tidak. Mungkin yang tak menangis itu mempunyai perasaan yang sama, cuma jiwanya cukup kuat, kebal. Lantaran  itu, tuan-puan akan perhatikan sikapnya, ada perubahan samaada kecil atau besar.

Jika, tuan-puan menemui perubahan pada dirinya, seperti dibawah ini

*Bangun lebih awal dari biasa
*Solat tanpa disuruh
*Lebih banyak diam dan FOKUS dalam kelas
*Tak sabar-sabar nak belajar
* ataupun perubahan-perubahan lainnya

Itulah antara tanda-tanda perubahan dirinya. Saya minta sangat-sangat, jangan di kondem akan perubahan yang telah dia lakukan.Sebaliknya brilah pujian dan dorongan agar dia terus berubah. Katakan, wah...cikgu tengok... mama tengok... kamu semakin baik, mama semakin sayang. Inilah penguat agar dia terus dalam perubahannya.

Jangan pula ditanya, kenapa kamu ni? Buang Tabiat ke? Apa jadi, dia sudah berubah ke arah lebih baik, kita kondem pula. Ini membuat dia bingung. Mana satu mau ikut? Cakap penceramah atau kembali kepada sikap asal?

Saya berharap guru-guru dapat copy mesej ini dan sampaikan kepada semua ibubapa yang anaknya terlibat dalam sesi ceramah hipnosis saya.

Sekian...

Noorhisham Hamzah
 

No comments:

Post a Comment