Saturday, September 17, 2016

Dimana Jasad Anda dikebumikan

Tidak lah menjadi masalah bagi orang mukmin dimana jasad mereka disemadikan. Di tanah air sendiri kah, atau di mana saja. Pejuang-pejuang, pendakwah dari zaman Nabi, kuburan mereka bertebaran di muka bumi, sampai ke Nusantara, China, Indonesia.
Setiap doa dan bacaan yang diniatkan pastikan akan sampai kepada mereka, kerana dunia itu (alam ghaib) tiada sempadan. Apabila dibacakan Fatihah untuk seluruh Muslimin Muslimat, Mukminin Mukminat, andai kata mereka cukup syarat sebagai Mukmin, maka akan sampailah bacaan itu.

Adapun doa yang tidak sampai ialah kepada orang-orang yang meninggalkan solat, bagaimana dekat pun kubur mereka, doa dari yang hidup tidak akan sampai.

Salah satu azab bagi orang yang tidak solat ialah, doa-doa dari orang mukmin tidak sampai kepada mereka. Dengan kata lain, tiada lagi connection, tiada line. Terputus terus hubungan selamanya.

Di dunia ni, ada line namanya Celcom, Maxis, UMobile, Digi dan sebagainya, tak ada line Celcom, masih ada Digi. Pergi ke Indonesia, kita masih boleh berhubung. Bahkan kalau ke China pun, masih ada wifi yang boleh kita berhubung dengan keluarga melalui Whatsapp.

Tetapi, di dalam kubur, satu line pun tak dak. Hanya doa-doa dari orang mukmin, terutamanya orang yang paling rapat. Kalau ada isteri, isteri lah kita harapkan, jika ada suami, suami lah harapan kita, jika ada anak, anak lah kita harapkan.

Tetapi, jika semuanya tiada? Inilah yang membuat kita tergaman tak habis fikir. Mohon lah ampun sebanyak-banyaknya tanpa mengharap orang lain yang mohon ampun untukmu. Sebabnya, orang lain tak tahu apa dosa mu selama ini.

Matilah bagaikan sang sufi yang sentiasa merindui untuk bertemu kekasihnya.
Matilah bagaikan Rabiatul Adawiyah, matinya miskin, tiada suami, dan anak-anak.
Namun, oleh sebab semasa hidup dia menjaga auratnya, solatnya dan ibadahnya. Itulah yang menyelamat dia.
Justeru, jagalah ibadahmu, solatmu, auratmu. Tiada nasihat yang paling berguna, selain engkau ikutinya.

Firman Allah Taala

Dan bagi Allah ilmu pengetahuan bilakah berlakunya kiamat,
Bilakan Turunnya Hujan
Anak Dalam Kandungan
Apakah yang manusia bakal kerjakan esok hari
di bumi manakah manusia akan meninggal

Surah Luqman : 34

 

No comments:

Post a Comment