Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Dapatkan Appsheet V14

  Sekolah di Tawau Sabah sudah menggunakannya Laporan Sesi Bimbingan boleh ditulis dalam buku manual. Namun Appsheet boleh dijadikan sumber ...

Blog Archive

Friday, September 16, 2016
Antara Gua Musang ke Lipis, berita pemergian Tuan Guru yang diterima menyentap seketika. Sayu, sedih, tergaman dan pilu silih datang. Hemat saya, mungkin beberapa hari sebelumnya beliau bertanya hari apakah hari ini, berapa hari lagi hari Jumaat. Hari Jumaat adalah dikatakan antara hari yang baik perginya seseorang hamba. Dan hamba yang baik, sentiasa rindu ingin bertemu tuhannya.
Namun tidaklah menidakkan akan baiknya seorang hamba jika dia pergi pada hari lain.
Kenangan Berceramah di Surau Annur
Kesempatan mengenali Ustaz Al Kausar, seorang sahabat yang hebat dalam ilmu dan syarahannya, saya mohon sekali untuk sesi ceramah di Bangi.
Alhamdulillah, kesempatan itu datang. Bukan di surau biasa, tetapi tepatnya di surau Annur, tempat Tuan Guru solat dan mengajarkan ilmunya.
Aduh, tak sampai hati saya ingin duduk di atas kerusi yang Tuan Guru Hj Harun Din gunakan untuk berceramah.
Dengan rasa rendah diri, jauh dan faqir, saya duduk jua. Ya. Saya berceramah di Surau An Nur buat pertama kali, kamera video disorot, audio direkod, adalah hal yang tak biasa bagi saya. Itulah pengalaman namanya.
Hari ini, 16 September 2016, kita mendengar berita syahdu pemergiannya di California. Sudah tertulis disitu akhir hayatnya, menghormati pesannya agar disemadikan dimana nafas berakhir. Kita semua terima dengan lapang dada.
Untuk Tuan Guru Umat Islam SeMalaysia, yang pernah 3 kali bermimpi bertemu Nabi, kita sedekahkan Fatihah ini, moga sampailah hajatnya hati. Perginya Murabbi Ummah yang tiada galang gantinya. Hadir nya satu dalam berjuta manusia.
Bagaikan permata yang bercahaya antara jutaan pasir. Semoga Tuhan menerima TG sebagai hambaNya yang diRindui. Dan kami pun tak ingin berpisah dengan tuan nanti.
Al Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers