Friday, December 30, 2016

DOA PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 1,5 & 6

Sempena Majlis Perjumpaan 31 Disember 2016
SK Beranang

Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalam

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah,
Kami syukuri nikmati yang Engkau limpahkan kepada Kami,
terima kasih Ya Allah kerana memberikan kpd kami nikmat kehidupan
dan harta yang tidak ternilai maha besarnya.

Terima Kasih Ya Allah kerana telah memberikan kami anak2 yang cerdik,
yang bijaksana otaknya,
yang selalu menceriakan hidup kami selaku ibu dan ayah.

Ya Allah

Kami sedar anak2 kami semakin hari semakin dewasa,
cubaan kami dlm membesarkan mereka semakin hebat,
oleh itu ya Rabb, engkau berikan ketabahan,
kesabaran dan kekuatan kpd kami selaku ibu dan ayah
untuk terus menyara kehidupan mereka Ya Allah

Kami sedar Oh Tuhan, waktu mereka kecil,
mereka perlukan bantuan dan doa kami,
namun sesudah kami tiada nanti dimuka bumi Mu ini,
kami pula yg perlukan doa dan sedekah mereka.

Oleh itu, jadikanlah anak2 kami,
anak yg soleh dan solehah,
yang tau berbakti kepada kedua orang tuanya,
yang mendirikan perintahMu walau sesudah kami tiada.

Ya Tuhan Penguasa Langit dan Bumi,

Ampunkan dosa ibu bapa kami yang telah melahirkan kami,
ampunkan dosa guru2 kami,
ampunkan dosa semua manusia yg pernah berbuat baik kpd kami,
juga kepada manusia yang tak sempat berbuat baik kpd kami.

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah



 

No comments:

Post a Comment