Tuesday, May 30, 2017

Jadual Lawatan ke Acheh 2018



Untuk memudahkan urusan, hanya 17 orang sahaja satu trip, ini kerana dengan van yang kecil kita boleh masuk ke kampung-kampung sampai ke tempat Kubah hanyut. jika dengan bas besar, kita tak akan sampai ke kampung ini. 

Buat masa ini, sudah terdaftar 9 orang. Anda boleh join bersama saya untuk menikmati lawatan yang terkenang sampai bila-bila dan saya sendiri akan bercakap tentang sejarah lokasi-lokasi yang dilawati disamping penerangan oleh orang yang bersangkutan di tempat tersebut. 

Hanya RM1200.00 dah cukup untuk tiket pergi balik, hotel 4 malam, makan, minum dan sewa kenderaan di sana selama 4 hari. Bahkan dengan RM1200.00 masih ada wang lebihan untuk anda shopping.

Tak nak shopping, potong kos lagi. 


Read more »

 
Monday, May 29, 2017

Lawatan ke Aceh Mac 2017


Kami tiba di KLIA2 menunggu penerbangan jam 7:55 pagi. Kami memilih penerbangan awal pagi, kerana jika kita sampai awal, banyak yang boleh kita lihat, ziarah. Sempat lagi makan tengah hari.




Kumpulan keluar lebih awal


Pandangan dari sisi kanan Airport Banda Aceh

Ketibaan di Airport Sultan Malikul Saleh Banda Acheh. Berkumpul sebelum meneruskan perjalanan dengan Van Khas.

Lokasi pertama persinggahan kami, kuburan massal. Kuburan Massal erting kubur beramai-ramai. Di situ disemadikan lebih 40,000 jasad mangsa Tsunami.





Di bawah padang rumput yang hijau itulah bersemadinya 40,000 jasad, Tanpa Nisan dan Nama-nama. Semuanya abadi disini.



Peserta bergambar di tapak perkuburan Massal sebagai kenang-kenangan pernah injak kaki di sini. Penulis sendiri baru pertama kali sampai ke sini.

Lokasi kedua kami ialah Kampung Lam Durah




Kubah dari Kampung seberang yang tiada nama hanyut sampai ke sini, jaraknya sekitar 3-4 kilometer.



Lihat lah besar mana dan agak berat mana. Kubah ini hanyut bersama dengan tapaknya sekali dan membawa 7 orang manusia di atasnya. Ia bagaikan sebuah bot terapung, tidak bergolek ke kiri dan kanan.



Di dalam Kubah tersebut terdapat Al Quran yang dibawa bersama, inilah Al Quran yang hanyut bersama Kubah tersebut.

AYAH CIK (Hj Muhsin, Mantan Pensyarah IAB) 
dan EN.BAHA Mantan Pensyarah KUSTEM ,ASYIK BERGAMBAR KENANGAN


Di Masjid Agung Baiturrahman


Pak Adi mangsa hidup, sempat koma 7 hari, hampir2 di kuburkan


Masjid Ulee Lhee yang terselamat, seni bina asasnya mirip masjid Agung Baiturrahman



Peserta bergambar dengan anak Yatim mangsa Tsunami
haus+dendam, Alpokat

atas Kapal Apung PLN

Ust Mujib memberikan syarahan di rumah beliau, biasanya pelawat lain tidak akan masuk ke dalam rumahnya, mereka hanya mendengar di luar sahaja kisah Tsunami dari ibu-ibu di situ, namun disebabkan saya sudah lama mengenali beliau, sejak zaman kuliah, maka saya terus ke rumahnya, kebetulan beliau belum keluar, sempat lah tetamu mendengar kisah nya. Beliau salah seorang yang sempat naik ke atas bot yang datang melanggar rumah sebelahnya.

Sebelum pamit pergi, di rumah Ust Mujib


Inilah perahu yang hanyut, Ustaz Mujib sempat melompat naik ke atasnya bersama 16 orang yang lain.

Pandangan dari atas bot.


Di dalam bot Apung 200,00 Tan, bot ini lah yang hanyut dari pesisir pantai sampai ke mari. Sekarang tak boleh ke mana-mana lagi.

Pandangan Banda Aceh dari atas Bot Apung PLN



Patung Gergasi di Masjid Baiturrahman ini harga satunya 16 Milyar Rupiah, mirip di Masjid Madinah.


Pak Adi




Rumoh Aceh


Masjid Agung 

Lokasi permainan Putro Phang


Di Pantai Lam Pu Uk sambil menunggu Ikan siap dibakar

Menziarahi Ulama Karasmatik Acheh, Drs Abu Tarmizi Dahmi
Mendengar Tausiah dari Pak Guru










En Baha dan isteri sedang menikmati makanan di kedai berhampiran air port

Read more »

 
Friday, May 26, 2017

Konvensyen PERKAMA kali ke 20 di ILKAP Bangi

Prof Dr Abdul Halim bin Mohd Husin selaku Presiden PERKAMA menyampaikan ucaptama,
Gagasan yang disampaikan oleh Presiden PERKAMA
Misi ke depan kaunselor
Ucapan Profesor
Hadirin yang hadir, paling dekat Pn Alida Ali sedang memegang HP mencatat nota

Wakil dari Kulai
Cikgu Madihah Sabariah








Puan Jay Jay dengan Art Therapi
Idealitik, Kreatif

Konvensyen ni menjelang beberapa akan puasa 2017. Syahdu bertemu Mu. Terima Kasih memberi peluang kami hidup atas muka bumi ini, ampunkan segala kelalaian kami, tempatkan kami di syurga Mu nanti.

Read more »