Wednesday, May 24, 2017

7 Kecintaan Manusia


Telah di design bahawa manusia itu suka dan menyukai kepada 7 perkara dalam dunia ini. Yang pertama suka kepada sesama manusia, jika lelaki sukakan wanita, jika wanita kepada lelaki, setelah itu, sukakan anak-anak, harta yang tak habis-habis, termasuklah simpanan emas dan perak, kemudian kepada kenderaan yang cantik, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah dia PERHIASAN hidup di dunia, Tetapi Allah berkata Wallahu indahu husnu maab. Di sisi Allah lah tempat kembali yang abadi. 


Dan manusia akan berhadapan dengan ketujuh perkara itu, samada dia yang melambai tangan dahulu kepada 7 benda itu, atau 7 benda itu yang melambai padanya.


Peristiwa Tsunami yang maha dahsyat menunjukkan, ketujuh-tujuh benda itu pergi meninggal mangsa hingga tiada apapun di sisinya. Anak isteri, rumah, kenderaan semua hanyut. Bahkan hartanya yang dibank. 

Ingat-ingatlah wahai manusia, itu semua sementara sahaja, hanya tempoh sekelip mata kamu hidup di dunia. Sebentar lagi kamu akan di usung ke sana. Di sanalah negeri yang abadi. Jangan sampai di sana kamu tidak mendapatkan apa-apa. Padahal tuhan telah menyediakan syurga buatmu seluas langit dan bumi. Apakah matamu masih melirik pada dunia yang sebentar, dan kemudian dia akan hancur menjadi tanah, abadi selamanya diperkuburan sampai hari kebangkitan.

Subhanallah, tiba masanya kita mengalih rasa kasih, cinta kita kepadaNya yang abadi. Cinta dunia, dunia tidak kekal, cinta Allah, dia lah Tuhanmu yang memberikan engkau selama ini termasuk 7 benda diatas.

Milikilah dunia, rasailah nikmat hidup, namun jangan lupa itu semua hanya tak lama. Kembara kita masih panjang.


 

No comments:

Post a Comment