Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Monday, July 17, 2017
Manusia akan bertindak menurut apa yang dia fikirkan.  Cara bertindak selalu nya selari dengan cara berfikir. Tahukah anda, jari telunjuk menunjukkan cara seseorang berfikir,  manakala jari hantu menunjukkan bagaimana seseorang bertindak.  Biasanya bunga kedua jari ini sama,  perhatikan jari anda. Jika tidak anda adalah seorang yang misteri bagi orang lain.

Ikuti bengkel yang akan mengupas kesemua jari,  anda boleh memperbaiki hubungan dengan pasangan anda,  anak2 dan rakan2 anda.

Hiduplah, dengan aman damai di dunia nan sementara ini. Bagi anda yang ingin mendapatkan buku ini atau mengikuti secara langsung bengkel nya, boleh hubungi 011 1081 5141


Saturday, July 8, 2017
Setelah selesai sesi ceramah pertama di SRA Bukit Sentosa Rawang, hari kedua di Hotel Flamingo bersama anak-anak SK Taman Tasik dan hari ketiga di SK Pelabuhan Klang atas jemputan GBSM Sekolah Pn Rafidah Abdul Razak.

The Power of Niat membuktikan kalau kita niatkan untuk sesuatu, kekuatan jiwa kita bertambah.

Pagi Khamis saya bersahur untuk berpuasa, kemudian ke sekolah seperti biasa, kemudian drive 1 jam setengah ke Rawang dan berceramah 2 jam. Semua itu boleh dilakukan dengan penuh semangat walaupun saya tidak makan seharian, kerana apa, kerana saya sudah niatkan berpuasa.


Namun pada esoknya, yakni hari Jumaat, ada acara sambutan Hari Raya peringkat sekolah, saya tidak niat untuk berpuasa, hasilnya badan saya meminta-minta makanan dan air. Sebabnya kita tidak niat berpuasa, ditambah lagi tidak bersahur, tubuh semakin letih.

Nampak tak, The Power of Niat. Gambar atas adalah semasa sesi ceramah saya di Hotel Flamingo Ampang.

Sesi ceramah di dalam surau untuk calon UPSR 2017 SK Pelabuhan Klang
Untuk rekod, SK Pelabuhan Klang telah menjemput saya 2 kali tahun ini.  Terima Kasih pada Guru Besar kerana berkenan menjemput untuk ke dua kalinya.

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers