Thursday, June 28, 2018

Metode Hafal Quran


Apabila saya menonton video Ustaz Adi Hidayat, cara nya ialah menulis di kertas kosong, bahagian kiri angka-2 yg mewakili jumlah ayat Quran, tapi di belah menjadi 10 10 10. Sebagai contoh surah Al Takwir ada 39 ayat. Jadi tulis 10 10 10 9. 
Manakala sebelah kanan ditulis kepala ayat-ayat. Biasanya kan kita lupa kepalanya, kalau dah tau kepala, agak mudah kita sambung. Jadi ini dihafal. Ayat 1 apa, ayat 4 apa. 

Manakala ditengah ayat, saya tambahkan, gambar mewakili ayat tersebut. Contoh iza syamsu .. apabila matahari. so lukisan matahari saja, dah cukup. Jadi, bila kita tengok matahari, bintang, gunung, unta dan ular, tau la kita apa ayatnya.

Dengan motode ini, Ust Adi boleh ingat muka surat berapa, ayat duduk dimana, atas kah, bawah kah, kiri atau kanan muka surat. 

Untuk Rujukan lebih detail : >> https://www.youtube.com/watch?v=Yj11cAerX-s


Selamat mencuba untuk diri sendiri dan kongsikan dengan orang lain, anak murid, agar mereka cepat menghafaz dan kita beroleh pahala berterusan.

 

No comments:

Post a Comment