Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

iKON wHATSAPP

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Monday, March 4, 2019

Seorang guru juga sahabat, mengupah saya membina laman blog untuk sekolahnya. Beliau sanggup membayar dengan harga yang saya minta.
Sesudah blog siap, saya lihat lama juga ia kosong tak terisi apa-apa, saya PM nasihatkan agar di isi, kalau tak isi juga, saya nak minta wang sebagai denda. Dia ketawa dengan seloroh saya, akhirnya 4 Februari 2019 blog itu pun sempat terisi 2 posting.
26 Feb, Tup Tup .. beliau pengsan di rumah, masuk hospital 1 malam, kemudian pulang ke rumah dan meninggal dunia.
Bagaimana dengan blog itu? 4 Mac. Saya hubungi guru besar sekolah itu untuk meminta pendapat, apakah perlu saya delete kerana orang yang mahu menge pos sudah pun tiada, atau pun dilepaskan kepada seseorang yang lain?
Guru Besar sanggup mencari pengganti untuk meneruskan amal bakti sobat itu. Mudah-mudahan Blog https://skslimvillage.blogspot.com terus terisi dan mengalir terus pahala nya kepada orang yang pertama ber inisiatif mewujudkannya dengan wang poket sendiri.
Yang nyatanya, tidak ramai kawan-kawan seperti ini, sanggup korban wang gaji sendiri untuk melihat tempat kerjanya maju. Yang ramai duk ada, berpeluk tubuh menunggu semua keperluan datang sendiri. Printer datang, dakwat datang, kertas datang, itu ini datang.
Selamat jalan untuk kawan, Haslinda Hamidi, masa mu di sini terlalu singkat, tak kami sangka, hanya sebentar saja kita di sini. 4 Februari blog itu di isi buat pertama kali dan terakhir, 27 Februari Tuhan memanggil mu pulang.
Benarlah kata AA Gym, Hidup di dunia.. sebentar saja, sepejam mata ..akhirat jua kekal selamanya.
Dan, yang mulia Kanjeng Nabi Muhammad pernah berkata yang mafhumkan, "Barangsiapa melakukan satu kebaikan, kemudian di ikuti orang lain, dia akan mendapat pahala sama dia (seolah) dia yang lakukan. (padahal orang lain yang buat)
Jadilah insan yang menginspirasikan orang lain, kalau jadi penceramah, biarlah ada kata-kata yang keluar dari mulut anda mengingatkan orang lain tentang kematian, kerana kematian adalah penamat segala lakonan kita di pentas raksasa ini.
Jangan dikejar glamour, zuhudlah, biar orang tak kenal, tapi terkenal seperti Uwais Al Qarni.

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada