Thursday, May 23, 2019
Assalamu alaikum wr wbt, alhamdulillah, sekian lama saya mencari perisian yang boleh create buletin dengan tulisan melingkari objek.

Jika selama ini orang buat buletin mengguna Publisher, saya pula mengguna power point. Saya suka power point kerana saya orang visual, ada tool yang membantu membuat gradient.

Warna-warna yang ada dalam power point boleh kita mainkan dengan senang sekali.

Baiklah, berikut adalah cara untuk membuat Buletin mengguna perisian Adobe Ilustrator.

Buka satu fail baru, gunakan saiz A4, masukkan dulu header dan footernya serta gambar seperti logo dan penulis.

2. Langkah seterusnya ialah

Masuk gambar letak di layer paling bawah.

3. Bina layer baru, masukkan font dalam sebuah bingkai petak 4 segi yang anda buat sendiri sebesar kertas A4. Tulisan ini boleh taip atau copy paste sahaja dari mana-mana tulisan anda yang sedia ada.

5. Setelah selesai memasukkan tulisan, samada separuh atau hampir penuh kertas A4.

6. Pada menu, klik Type..pergi ke  Area Type Options..pada        Coloums ada angka pilihan. Ubahlah menjadi 2 atau 3. Tujuannya supaya tulisan kita berada dalam 3 baris.

4. Gunakan Pen Tool Buat lingkaran kawasan yang anda  tidak mahu tulisan berada di situ.

5. Pergi ke Menu, klik Object. Text wrap. Serta merta tulisan anda pakat berlari-lari dari image tersebut.

Sekarang Buletin anda dah siap dan tiba masanya untuk publish. Klik File, pilh Export, namakan Fail anda, pilih jenis Jpeg dan jangan lupa klik UseArtboard untuk mengirim semua kerja untuk menjadi satu.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Adobe Ilustrator juga boleh kita create page majalah


 

No comments:

Post a Comment