Sunday, May 5, 2019

Cetak Sijil Psikometrik Semudah ABC

Salam Sejahtera rakan-rakan sekalian, moga anda terus sihat menikmati kehidupan hari-hari. Saya telah menyiapkan satu tapak excel untuk memudahkan rakan-rakan mencetak sijil Psikometrik tanpa data internet. Hasilnya sama di laman web epkm, bahkan anda boleh menambah logo sendiri.

Berikut adalah contoh Sijil yang akan di cetak.

 Baik, ikuti langkah-langkah berikut . Langkah pertama buka laman web epkm

Pergi ke halaman kelas tahun 6. Pilih satu dulu
 Dah buka senama nama murid ? Turun ke bawah sekali, ada punat download.
 Klik Muatturun. setelah muatturun selesai, copy semua data di dalamnya, (melainkan angka giliran), paste ke dalam excel manual yang saya bekalkan. Kat mana nak ambil manual tu? klik sini https://t.me/bijakexcel

 Setelah copy dan paste semua maklumat dari semua kelas yang ada, kini beralih ke sheet sebelah. Masukkan angka giliran 1. Ubah nama sekolah anda. nama guru bimbingan, nama guru besar dan nama sekolah dibawahnya. Masukkan Logo sekolah anda.

Kini anda boleh mula mencetak murid yang pertama. Klik CTRL P


Dah print? Ubah angka giliran 2 pula, Print. 3 Print 4 seterusnya sampai selesai


Oh ya, ada graf ni, kalau anda rajin, print la sekali untuk buat sesi bimbingan individu dengan klien anda.

Selamat Mencuba

Selamat Berpuasa
Noorhisham Hamzah




Link BUku-buku Keluaran Cikgu Noorhisham khas untuk guru >> http://www.noorhisham.com/2019/05/buku-buku-keluaran-cikgu-noorhisham.html


 

No comments:

Post a Comment