Saturday, May 4, 2019

Hapuskan Rokok dari Malaysia

Semua penagih bermula dari rokok. Walau tidak semua perokok menjadi penagih (heroin). Cikgu di sekolah berhambat dengan budak bawa rokok, hisap rokok, kerajaan di luar sekolah menghalalkan penjualan rokok. Undang-undang dibuat, tak lah dipatuhi penjual. Kerana memikir untung dan laba.
Saranan saya, hapuskan penjualan rokok di Malaysia biar sampai tak jumpa lagi dah nak cari.
Rokok tak pernah memberi keuntungan kecuali kepada penjual.
Yang hisap rokok, rokok tu bukan makanan. Quran suruh makan dan minum je. Tak ada kan suruh hisap. 😂
كلوا واشربوا ولا تسرفوا
Makanlah dan minum lah dan jangan berlebih-lebihan..
Tak ada faedah bagi orang-orang yang mencari cara nak beribadah yang benar. Tak membantu langsung. Membazir tu benar adanya.
Orang-orang yang menghabiskan duit ni, kena ingat nanti di padang mahsyar ada 4 soalan besar. Soalan ke4 ke mana kau habiskan harta mu?
Bagi sobat yang merokok, sila siapkan jawapan. Apa kiranya jawapan anda ketika soalan itu diajukan nanti. Wah ngeri deh kalau ingat akhirat.
Orang-orang yang merokok ni bukan dia tau pun bagaimana ngeri di padang mahsyar. Jangan-jangan dia masih percaya tak ada apa lah. Biasa je. Fikiran hanyut leka dibuai asap. Dia nak berkawan asap di dunia, nanti di akhirat dia merasa api nya.
Ginilah, sempena bulan Ramadhan ni, kebetulan umur pun semakin bertambah, cubalah niat nak jadi lebih baik di sisi Allah.
Kalau anda jumpa Ulama, malu tak ada rokok di jari? Pasti malu kan? Nah.. Ini bukan setakat jumpa Ulamak. Hari-hari jumpa Allah. Dia pandang kita terus 24 jam.
Rasakan diri selalu berada dalam intaian Allah. Dia duk suluh tengok kita hari-hari. Nikmat Dia beri 24 jam tak terhitung kosnya. Ibadah kita? Hanya secuil. Itu pun kerana terpaksa. Bukan kerelaan.
 

No comments:

Post a Comment