Saturday, May 4, 2019

Kenali Karakter Orang Whorl

KENALI MANUSIA BERDASARKAN KARAKTER
Kebiasaan orang-orang yang memiliki 10 corak whorl adalah kaku, keras, memilih, kurang perasaan, susah menangis, kurang kawan, bercakap direct, bermotivasi tinggi. Kurang pandai memujuk orang lain. Kurang tahu cara menghargai orang lain.
Tapi hari ni saya temui seorang peserta Team-building, memiliki 10 whorl, setelah saya ceritakan secara umum orang Whorl, kata nya alhamdulillah dia masih punya perasaan.
"Tadi waktu cikgu baca doa pun, bercucuran air mata saya, basah tudung ni".
Kawan di facebook ramai tak? Jawabnya. Eh... Ramai. Saya terima semua orang yang nak berkawan dengan saya.
Banyak kan kenali Watak orang. Nescaya hidup semakin mendekati redha...
الا بذكرالله تطمءن القلوب
Orang selalu mengingati Allah tu, akan damailah hatinya.
Lagu mana nak ingat Allah eh? Apa yang nak di ingat. Nama Nya ke? Ingat kita dan Dia sangat berbeza. Dia Tuhan kita hamba, Dia Menentu kita mengharap. Dia Pemutus kita pendoa. Tak semua kita idamkan akan menjadi kenyataan.
Hidup ni tak selamanya mulus... Bahkan ada wanita-wanita yang cantik yang jalan hidupnya tak secantik wajahnya. (buya Shakur) tak semua impian mu akan menjadi kenyataan.
Bersabarlah menghadapi orang-orang whorl. Stand by untuk menerima dia tak tau berterima kasih, bertanya khabar. Orang nya fokus banget. Selama mana dia fokus apa yang ada di depan nya. Dirimu tak kan dia peduli.
Namun itu bukan satu kesalahan baginya adalah satu hal yang biasa. Bila kamu call dia tak jawab, dia tak akan hubungi kembali untuk bertanya ada apa kamu call tadi.
Standy by untuk dia begitu selamanya. Terima kamu dan dia berbeza. Karakter yang berbeza. Watak yang berlainan. Fahami dia untuk tidak kecewa.
Masing2 jalani kehidupan di dunia yang sama tapi alam yang berlainan. Dia alam whorl, kamu alam loop.
Pun begitu, ingat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, walau Watak berbeza, kedua nya sama-sama penghuni syurga yang abadi.
Potensi dirimu jangan dipersia kan. Guna lah, manfaat kan. Sebelum semua akan kehabisan masa, dah tak berguna lagi segalanya.
 

No comments:

Post a Comment