Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Wednesday, May 22, 2019
Kenapa tok guru mereka buat patung untuk disembah?

Asal usul nya dahulu kala  'tok guru' mereka buat patung sebab nak bagi mudah faham anak murid nya memahami hidup ini. Gurunya akan menunjuk pada  patung untuk mengajar, alias nya patung itu sebagai PDP.

Tengok patung ni, tak bernyawa, tak berkata-kata, tak bergerak, tak berkehendak, tidak melihat, tiada kuasa, tiada perasaan, fikiran bahkan zahirnya pun baru.

Hai manusia, inilah kamu dulu, tiada.. Kemudian Allah adakan kamu, asalnya kamu tiada pendengaran, penglihatan, hati dan segalanya. Namun Allah tiupkan ruh padamu lalu wujud kamu seperti hari ini.

Boleh buka mata, boleh berjalan, berkehendak, mendengar, itu semua sifat pemberian Allah. Jika bukan yang Maha Sama', Maha Basar, Kalam, Qayyum bagi pada mu sifat ini, kamu tak ubah seperti patung ini.

Inilah agaknya ilmu tasawuf dalam ajaran mereka. Lama ke lamaan apabila guru sudah meninggal, generasi demi generasi mula kreatif, mereka corak kan lagi patung itu hingga akhirnya mereka menyembah patung.

Penganut agama penyembah patung yang ada hari ini pun tidak tahu mengapa mereka perlu sembah patung. Mereka Just follow apa yang atuk nenek mereka lakukan.

Sehingga ada seseorang terfikir, mengapa aku sembah benda yang tak bernyawa ini. Lalu dia mencari-cari sehingga akhirnya bertemu agama yang benar. Setelah dia menganut agama ini, lalu datang seseorang yang lain semata-mata hendak menyampaikan rasa marahnya, kenapa kamu tinggal agama kita.

Si dia menjawab, dalam kitab kita pun, menyatakan Tuhan itu tidak terlihat, tidak boleh dipegang.

Jawapan ini membuat si amarah menangis. Mungkin rasa diri jahil, serba tak tau.

Patung itu ada 2 wujudnya, satu patung yang tidak bergerak. Tidak berkata, tiada perasaan. Tidak boleh memberi manfaat dan mudarat. Ia mungkin besi atau kayu.

Patung yang kedua ia bergerak, ia wujud dalam bentuk duit, wang, mungkin juga wujud dalam bentuk manusia. Moga kita tidak menjadi penyembah kedua-dua patung ini. Kedua-dua patung ini datang dan akhirnya pergi.

لا وجود الا هو
Yang wujud hanya Dia, yang kekal hanya DIA.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers