Sunday, June 30, 2019

Kenali Manusia

Antara Lambang dan Plat
Satu saat ditengah jem nya jalan waktu petang, ketika kereta sedang bergerak merangkak perlahan, terlihat sebuah kereta warna merah di hadapan sang pemandu.

Di cermin belakangnya tertampal logo Negeri Kelantan, pemandu di belakang dapat mengagak, kemungkinan besar pemandunya orang Kelantan, sebentar kemudian matanya turun ke bawah, didapati nombor platnya DBP 7388. Wah, ini tanda kedua dia orang Kelantan.

Tak lama kemudian, kedua kereta ini singgah disebuah stesen petronas untuk mengisi minyak, ketika sedang menghulur tangan untuk membayar dikaunter, terdengar pemandu kereta merah ini bercakap dialek Kelantan.

Jelas sekali, ketiga tanda ini memberi isyarat besar bahawa dia adalah orang pantai Timur.

Kenali Manusia

Saudaraku, ketika anda melihat seseorang pada wajahnya, ada ilmu menghurai siapa dirinya, jika anda melihat corak jari jemarinya, anda akan mengetahui watak dan bakatnya, ketika anda melihat tarikh lahirnya, anda akan mengetahui karakternya yang utama, ketika anda melihat tulisannya, anda bakal mengetahui bagaimana motivasi dirinya saat ini, bagaimana dia ingin menghadapi hari-hari mendatang dan bagaimana juga dia meninggalkan hari semalam.

Dari sebuah tulisan, anda juga boleh melihat sejauh mana dia rapi, detail, sistem berfikir, harga diri, keterbukaan (ekstrovert/introvert), keperluan pada bersosial malah kesihatan dirinya.

Semakin luas sudut pandang anda, semakin faham diri anda akan seseorang manusia.

Subhanallah. Justeru dari itu, perbanyakkan angel pandang tentang seorang manusia. Manusia itu unik, lebih unik dari ciptaan alam ini.

 

No comments:

Post a Comment