Tuesday, August 6, 2019

Bengkel Excel untuk Guru

6 Ogos 2019. Kajang. Seramai 30 orang hadir pada hari ini di SK Bandar Tasek Kesuma, untuk mempelajari 40 rumus Excel. Sekolah ini adalah sekolah pertama saya menjalani praktikum selama 3 bulan pada tahun 2004 sebelum di diposting ke SK Bangi 2005. 

Sebelum ke sekolah ini, saya menjalani ROS 2 minggu di SK Sungai Ramal Dalam, Kajang. Ketiga-tiga sekolah yang saya tulis ini, ada guru yang hadir pada saat ini untuk belajar Excel. Acara bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2 petang. 

Peserta diberi rehat 2 kali. Namun, otak mereka dah beku katanya, dah tak boleh masuk setelah masuk rumus yang tahap tinggi iaitu bagaimana menghadirkan "wajah seseorang"  dengan hanya klik nombor.
Apa pun, mereka telah memahami fungsi, VLOOKUP, selain count, counta, countif, countifs, mid, left, right.  

Kelas diadakan di pusat sumber sekolah.

Peserta ceria walau rumus adakalanya memeningkan sekejap, Hang sebentar

Otai, tetap berbisa..slow-slow tapi maju.

Memantau anak murid buat rumus

Perlu membuat contoh untuk membertulkan kesilapan.




Antara ratu yang hadir

Last, kami bergambar beramai-ramai.



 

No comments:

Post a Comment