TV

 
Thursday, January 30, 2020

Appsheet





Apa yang saya sentiasa bayangkan selama ini untuk mewujudkan laporan sesi online menjadi kenyataan sepenuhnya. Bahkan diluar dugaan. Dulu duk fikir, macam mana ek supaya sesi yang saya taip-taip ini tersimpan di online, bila nak rujuk je, dah ada, tak payah pergi masuk bilik, buka almari, buka fail, jenuh nak cari-cari, entah-entah laporan tu dah kena makan rayap.

Saya dengar akhir-akhir ini dari orang yang sedang belajar master Kaunseling, tak de masalah laporan sesi bertaip atau bertulis, sebab laporan polis tu pun bertaip dan dibawa ke makkamah bila ada kes.

So, guru bimbingan, ayuhlah kita beralih ke zaman teknologi ini dengan berbaik dengan Teknologi. Teknologi ini membantu generasi kita hari ini, jangan ketinggalan deh

=========

Kelebihan dengan Appsheet

Alhamdulillah hr ni appsheet byk tolong saya. Hari ni kena handle Interaksi dengan ibu bapa berkenaan PBD untuk kelas yang saya jaga. Melalui Appsheet banyak maklumat tentang gaya belajar murid2 yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa. Sampaikan kelas saya la yang paling last habis. Huhu nasib tak kena tinggal feri. πŸ˜‚ : Cikgu Roslina Pangkor



Tak Perlu Buku Log Lagi

Assalamualaikum....tak sabar saya nak share ngan en sham...saya teruja sebenanye dengan sppsheet ni.... Best sangat sambil duduk depan tv pon boleh masuk² data murid...mudah sangat nak key in sesi, aktiviti, program...tak perlu bawa buku log sesi ke mana² lagi dah....yak yak yeay....πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ. πŸ˜‚ : Cikgu Zuraida

Kelebihan dengan Appsheet

Best la ada appsheet. Banyak manfaat sgt. Hari tu Masa exam upsr, ada murid Saya lambat datang ke sek. Dgn appsheet semua maklumat ttg murid tu ada dlm tangan, Tak perlu cari dlm buku dah. Terus Saya call parents murid tu. Kalau dia Tak datang jg mmg Saya pergi rmh dia sbb dah alamat beserta location maps dlm appsheet. Senang sgt.. ckgu kelas pun x sempat nak buat semua tu hehe. Lagi satu pkara yg best bila buat sesi kaunseling, sllunya muridkan Tak ingt ic, alamat, birthday dan maklumat parents kan, dgn ada appsheet semuanya lengkap . Tak perlu lg nk suruh murid ingat 😁. Terima Kasih sgt2 cikgu sham.. memudahkan kerja harian Saya 🀩🀩🀩🀩🀩 : Ku Normilawati, SK Taman Tasik

Gaya Belajar

Serius mmg best sgt ade appsheet..sangat memudahkan kerja dan membuat semakan sesi dan data..
Nak update maklumat jugak amat mudah..siap ade maklumat gaya belajar murid..sama ada kinestatik, berfokus dan sebagainya..ini memudahkan sy memahami dan mengenalpasti kecendurungan awal terhadap anak didik sy..selebihnya blh diterokai ketika sesi diadakan..
Syabas dan tahniah cg sham dlm membangunkan app ini..semoga kepelbagaian dan manfaat ilmu ini dapat disebar luas bagi memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.. Rafidah Razak SK Pelabuhan Kelang







Jom Upgrade Diri

Dgn ini saya menyeru kpd GBK khususnya..belajarlah ilmu metafizik, appsheet, excel, cap jari dll.. Ilmu-ilmu yang boleh upgradekan diri anda.. Jangan jadikan diri anda seperti mula-mula posting dulu..UP kan lagi . Saya berterima kasih dan menghargai niat Tuan Noorhisham utk membantu GBK di Malaysia..
TAHNIAH TAHNIAH
Mudahnya dengan APPSHEET..Kini saya menjadi lebih HEBAT, PANTAS & SEBIJAK APPSHEET...
Maklumat semua murid, semua tingkatan di hujung jari SOLI... Terima kasih kpd JU yang terunggul, Tn Noorhisham yang tidak jemu jemu mengajar Soli secara alam maya..
Solihah Salleh, SMK Rawang

Kaunselor SBPI Rawang

Alhamdulillah pengalaman menggunakan appsheet menjadikan kerja2 sebagai kaunselor amat mudah. Sebagai contoh selaku kaunselor SBP sebelum ini memang sukar dapat memenuhi 5 klien seminggu kerana murid sibuk dengan proses PDP tapi selepas mengapliksi Appsheet tidak susah membimbing hatta 10 orang seminggu. Di mana2 saja, kelas relief, kantin, koperasi kita boleh ketemu murid, memberi bimbingan dan segera merekodkan dalam appsheet selain sesi kaunseling formal. Juga untuk mengenalpasti gaya belajar, tarikh lahir dan lain-lain. Tahniah Sham
Tn Esa Samad, Kaunselor SBPI Rawang

MENGESAN PELAJAR

Alhamdulillah cikgu sham... Appsheet mmg TERBAIK!!! Saya dapat mengesan pelajar hanya menggunakan hp shj..dan semua maklumat dihujung jari... Dan juga apabila membuat sesi kaunseling saya terus boleh masukkan ke dalam appsheet...mmg sangat2 MUDAH...
Terima kasih cikgu🌷🌷🌺🌺🌹🌸
Fadzilah Tambun

MENGESAN GAYA BELAJAR

Saya dah guna share dengan budak masuk e classroom direct online appsheet dan tengok gaya belajar masing2. Budak teruja tak sabar
Sesi Bimbingan kaunseling bleh buat bila2 masa. Bleh trus semak data murid bila ada murid yg dirujuk Appsheet memudahkan kerja guru UBK. Tq cgu syam sgt inovatif πŸ’ͺπŸ’ͺKhamsiah, Tawau Sabah

MUDAHNYA NAK CALL PARENT

Syukur alhamdulillah terima kasih Cham ya Allah bnyknya perkara jadi mudah dengan AppSheet ni ...
Seronoknya hati ni senangnya nak cari maklumat bila tiba² parent nak jmpa utk sesi konsultansi ... nak semak alamatnya, nombor telefon, kerja mak ayahnya ... syukur alhamdulillah ..🀩 Pn Norlela

Membantu

Alhamdulillah Appsheet memudahkan tugas seharian saya. Dengan appsheet saya dapat memasukkan dan menyimpan data sesi dengan mudah. Appsheet juga membantu saya memberi bimbingan kepada murid2 berkaitan gaya belajar yang sesuai untuk mereka. Selain daripada itu appsheet juga memudahkan saya untuk menghubungi waris murid apabila perlu.. Halimatun

<

 

No comments:

Post a Comment