Appsheet Utama

Setelah berkenalan dengan Appsheet


Apa yang saya sentiasa bayangkan selama ini untuk mewujudkan laporan sesi online menjadi kenyataan sepenuhnya. Bahkan diluar dugaan. Dulu duk fikir, macam mana ek supaya sesi yang saya taip-taip ini tersimpan di online, bila nak rujuk je, dah ada, tak payah pergi masuk bilik, buka almari, buka fail, jenuh nak cari-cari, entah-entah laporan tu dah kena makan rayap.


Saya dengar akhir-akhir ini dari orang yang sedang belajar master Kaunseling, tak de masalah laporan sesi bertaip atau bertulis, sebab laporan polis tu pun bertaip dan dibawa ke makkamah bila ada kes.


So, guru bimbingan, ayuhlah kita beralih ke zaman teknologi ini dengan berbaik dengan Teknologi. Teknologi ini membantu generasi kita hari ini, jangan ketinggalan deh


Kelebihan dengan Appsheet



Alhamdulillah hr ni appsheet byk tolong saya. Hari ni kena handle Interaksi dengan ibu bapa berkenaan PBD untuk kelas yang saya jaga. Melalui Appsheet banyak maklumat tentang gaya belajar murid2 yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa. Sampaikan kelas saya la yang paling last habis. Huhu nasib tak kena tinggal feri. 😂 : Cikgu Roslina Pangkor



Tak Perlu Buku Log Lagi


Assalamualaikum....tak sabar saya nak share ngan en sham...saya teruja sebenanye dengan sppsheet ni.... Best sangat sambil duduk depan tv pon boleh masuk² data murid...mudah sangat nak key in sesi, aktiviti, program...tak perlu bawa buku log sesi ke mana² lagi dah....yak yak yeay....💃💃💃. 😂 : Cikgu Zuraida



Lagi Kelebihan dengan Appsheet


Best la ada appsheet. Banyak manfaat sgt. Hari tu Masa exam upsr, ada murid Saya lambat datang ke sek. Dgn appsheet semua maklumat ttg murid tu ada dlm tangan, Tak perlu cari dlm buku dah. Terus Saya call parents murid tu. Kalau dia Tak datang jg mmg Saya pergi rmh dia sbb dah alamat beserta location maps dlm appsheet. Senang sgt.. ckgu kelas pun x sempat nak buat semua tu hehe. Lagi satu pkara yg best bila buat sesi kaunseling, sllunya muridkan Tak ingt ic, alamat, birthday dan maklumat parents kan, dgn ada appsheet semuanya lengkap . Tak perlu lg nk suruh murid ingat 😁. Terima Kasih sgt2 cikgu sham.. memudahkan kerja harian Saya 🤩🤩🤩🤩🤩 : Ku Normilawati, SK Taman Tasik




Gaya Belajar


Serius mmg best sgt ade appsheet..sangat memudahkan kerja dan membuat semakan sesi dan data..

Nak update maklumat jugak amat mudah..siap ade maklumat gaya belajar murid..sama ada kinestatik, berfokus dan sebagainya..ini memudahkan sy memahami dan mengenalpasti kecendurungan awal terhadap anak didik sy..selebihnya blh diterokai ketika sesi diadakan..

Syabas dan tahniah cg sham dlm membangunkan app ini..semoga kepelbagaian dan manfaat ilmu ini dapat disebar luas bagi memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.. Rafidah Razak SK Pelabuhan Kelang


Sangat Membantu



Alhamdulillah Appsheet memudahkan tugas seharian saya. Dengan appsheet saya dapat memasukkan dan menyimpan data sesi dengan mudah. Appsheet juga membantu saya memberi bimbingan kepada murid2 berkaitan gaya belajar yang sesuai untuk mereka. Selain daripada itu appsheet juga memudahkan saya untuk menghubungi waris murid apabila perlu.. Halimatun

Jom Upgrade Diri


Dgn ini saya menyeru kpd GBK khususnya..belajarlah ilmu metafizik, appsheet, excel, cap jari dll.. Ilmu-ilmu yang boleh upgradekan diri anda.. Jangan jadikan diri anda seperti mula-mula posting dulu..UP kan lagi . Saya berterima kasih dan menghargai niat Tuan Noorhisham utk membantu GBK di Malaysia..

TAHNIAH TAHNIAH


Mudahnya dengan APPSHEET..Kini saya menjadi lebih HEBAT, PANTAS & SEBIJAK APPSHEET...

Maklumat semua murid, semua tingkatan di hujung jari SOLI... Terima kasih kpd JU yang terunggul, Tn Noorhisham yang tidak jemu jemu mengajar Soli secara alam maya..

Solihah Salleh, SMK Rawang

Hubungi
Hubungi Admin

No comments:

Post a Comment