Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Dapatkan Appsheet V14

  Sekolah di Tawau Sabah sudah menggunakannya Laporan Sesi Bimbingan boleh ditulis dalam buku manual. Namun Appsheet boleh dijadikan sumber ...

Blog Archive


Makin Jauh Anda Berjalan, Makin Dekat pada Titik Penghujungnya.
Roda perjalanan hidup kita semakin lama semakin menuju ke titik garis akhir. Usia kita bukan semakin panjang, sebaliknya semakin pendek. Ketika kita sakit, itu adalah antara tanda-tanda kita semakin dekat dengan garisan penamat.

Sepatutnya, kita semakin tekun beribadah. Namun apa yang terjadi, sebagai manusia, makin sakit, makin susah nak beribadah, bahkan ramai pula yang meninggal amalan ibadah, apalagi sembahyang 5 waktu.
Jadi, supaya kematian kita tidak mengundang penyesalan yang maha panjang, gunakanlah masa yang ada ini untuk beribadah. Ada masa, ada peluang, dirikanlah sholat sunat, jangan malas-malas. Kerana kesempatan yang ada hari tidak ada terulang lagi buat selamanya. Nak tutup aurat, sedekah, derma, tegur anak buat maksiat dan sebagainya, sekarang lah, nanti anda meninggal, ruh anda akan menderita kerana melihat anak tidak menutup aurat, tidak sembahyang, sedang kesempatan untuk menegur sudah habis. Anda akan meronta-ronta di alam ruh.Inilah yang dikatakan siksaan kubur.

Sabda Nabi, rebutlah 5 sebelum datangnya yang 5.

"Sihat mu sebelum sakitmu
Lapang mu sebelum sibukmu
muda mu sebelum tuamu
kayamu sebelum miskin mu
hidupmu sebelum matimu
"
---------------

Dibawah kaki gunung inilah buat pertama kali saya datang menerima undangan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Hulu Langat. Ceramah yang diminta bertajuk motivasi untuk ibubapa dan pelajar (orang asli).

Seronok dapat bersama mereka, saya berusaha membawa laptop dan projektor walaupun dewan kurang mengizinkan untuk tampilan lebih bagus. Berkata Tok Batin disini, setiap hari Sabtu dan Minggu ramai orang datang mendaki gunung ini.

Terima Kasih sekali lagi kepada JHEOA yang sudi menjemput saya. Mudah-mudahan ini bukan yang pertama dan terakhir.

======================


 Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Disalin dari : http://www.kaunselingskbt2.com/
Salam tuk semua yang hadir di sini...Saya tak ingin banyak blog sebenarnya. tapi bila bercampur antara posting tentang dadah dan motivasi agama dan motivasi pelajar....rasanya macam perlu ada garis pemisah untuk mendindingkan antara 3 perkara tersebut..
=============================================




Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Bangun pagi-pagi lepah mandi kita semaye
 
Nak gi sekolah cium tangan ayah ibu
 
 
Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Balik sekolah bila dah lepah make
 
Kerja cikgu suruh kita buat selalu
 
 
Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Di waktu pete adik gi ngaji kor ‘ae
 
Bila dah malam rajinlah baca buku
 
 
Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Masa belajar tanam sifat nak melawe
 
Biar periksa dapat nombor satu
 
 
Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Masa mengaji tok soh malu Toksoh segan,
 
Benda hok tok tau cepat2 tanya cikgu
 
Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Dadah ngan ganja jange adik nok telan
 
Bila ketagih tubuh segar jadi layu
 
Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Bila dah bjaya jadi peg. kerajaan
 
jgn mu lupa jasa ayah dan ibu
 
Adik-adik dibangku pelajaran
 
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu
 
 
Pkara hok baik adik ambik buat taulade
 
Pkara hok buruk jgan adik nok tiru
 
Adik-adik dibangku pelajaran
   
Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers