Login

ARKIB:

BELI BELAH:

dark
lambai CIKGU SHAM BERBAGI

HIDUP MEMANG PERLU MENIRU

Dan Allah (telah) mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.Dan Dia menjadikan bagimu pendengaran dan mata dan hati,mudah-mudahan kamu menjadi hamba yang bersyukur.

adobeprovate CIKGU SHAM BERBAGI

SOBAT sekalian, sebagai manusia kita memang dilahirkan dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Tidak kenal huruf ABC, 123, Alif Ba’ Ta dan seterusnya. Semua manusia sama, tidak ada orang yang dilahirkan terus berjaya dan tidak ada juga manusia yang lahir terus gagal. Namun kita boleh berusaha, untuk mencapai impian kita.

Sobat semua, apa impian anda? Cuba renung sekejap. Mungkinkah anda ingin menjadi manusia yang kaya dan berjaya? Betul? Kalau betul, kita perlu tahu pula cara-cara untuk berjaya.

Meniru adalah salah satu cara untuk berjaya, tiru orang cemerlang untuk menjadi cemerlang.Tiru orang hebat untuk menjadi hebat. Lihatlah di sekeliling anda,siapa orang yang anda anggap dia hebat, berjaya, maju dan sangat membanggakan. Tirulah cara dia buat bekerja, tirulah cara dia belajar, bertanya dan sebagainya. Ambil yang baik, yang tak baik jangan kita tiru.

Kita dari kecil pun pandai bercakap kerana kita meniru mak ayah abang kakak kita bercakap. Kita pandai makan pun sebab kita tiru mereka.Akuilah kelemahan kita sebagai insan yang dhaif.Namun disebalik kedhaifan kita disisi Tuhan, kita adalah khalifah di muka bumi yang boleh menjadi pentadbir bumi.

Salam ceria.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post
lambai CIKGU SHAM BERBAGI

KELAS ADOBE PHOTOSHOP

Next Post

APA BEZA KITA DAN ORANG LAIN?

Related Posts