Login

ARKIB:

BELI BELAH:

dark

APA BEZA KITA DAN ORANG LAIN?


Dulu, saya melihat orang ambil duit di mesin ATM, dalam masa yang sama ada orang yang nak masukkan duit, mereka beratur di dalam bank, punya lama menunggu giliran. Dalam hati berkata, kalau boleh mereka cipta mesin memberi wang, kenapa tidak untuk mesin menerima wang?
Tak lama kemudian, saya lihat mesin itu pun wujud.


Kemudian saya berfikir lagi, mengapa diasingkan 2 mesin ini. seorang datang nak masukkan duit, seorang lagi datang nak ambil duit, bukankah lebih jimat ruang jika hanya 1 mesin boleh membuat 2 kerja.


Tak lama kemudian mesin itu pun wujud. Sudah ada di bank Islam.
Saya mengajarkan anak-anak murid, jika kamu pintar, kamu ciptalah satu beg sekolah, ketika mana kamu turun kereta, beg itu tak perlu kamu galas atau pikul, cukup tekan remote, beg itu ikut kamu sampai ke kelas. Guna bluetooth gituew.


BEG BERGERAK SENDIRI

Saya lihat, beg seperti itu sudah ada, hanya tidak terbang, ia berjalan dengan roda atas jalan.


Apa beza kita dan orang ?


Kita hanya memikir tapi tidak bertindak, TETAPI orang lain berfikir dan menyusuli dengan tindakan (ACTION).

Orang-orang yang berjaya itu sesungguhnya mereka yang percaya dan mengiringi dengan TINDAKAN.
Sekadar beriman, tetapi tidak aamanu, juga masih gagal. Justeru, innallazii na aamanu wa a’milussolihaat.. sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh (Action).
Lebih parah hidup ini, jika idea pun tak punya. Hidup hanya mengandalkan orang lain semua.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post
lambai CIKGU SHAM BERBAGI

HIDUP MEMANG PERLU MENIRU

Next Post

JIKA ALASAN TIDAK MENERIMA ILMU TERSEBUT ADALAH KERANA NABI TIDAK PERNAH AJAR, MAKA..

Related Posts