Aha. Sep 26th, 2021

Lelaki, dalam bahasa Arab menyebut Rojulun. Rojulun berasal dari kata Rijlun. Hurufnya Ro, Jim dan Lam.

Rijlun ertinya kaki. Manusia lelaki ialah manusia yang ditugaskan untuk sentiasa keluar (guna kaki) untuk mencari rezeki.

Apabila lama berada di rumah. Tidak ke mana-mana lantaran malas bekerja atau alasan covid. Maka masalah akan menimpa.

4 bulan cuti, 4 bulan dalam rumah. Hari-hari tengok benda sama. Otak boleh tumbuh wayar baru (neuron) namanya bosan.

Hutang semakin membengkak, keperluan tak pernah putus, rumah kena bayar, api air juga kena bayar.

Ada yang ambil Jalan mudah. Bunuh Diri. Dia ingat mati itu tamat lah segala siksa, pada hal lebih sengsara di alam sana.

Rekod, 264 kes Bunuh diri tahun ini dalam sebuah negara kecil bernama Malaysia.

Sakin kecil nya Malaysia sampai ada orang Indonesia bercanda, Malaysia tu kecil saja, kalau kita ramai-ramai pergi kencing, tenggelam Malaysia tuh.

Biarpun ada negara yang lebih kecil dari Malaysia.

Apa sebab Bunuh diri? Salah satu nya tak tahan dengan susah.

Bu.. Pak. Sabar lah.. Nak marah diam kan saja. Sabar itu disuruh sepanjang hidup. Yang nak marah Cuba lah bersabar, yang kena marah Cuba lah bersabar. Kalau dua dua marah.. Makin besar lah api tu.

By NOORHISHAM HAMZAH

Teks bio

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *