Logo noorhisham.com
noorhisham.com Inspirasi • Ilmu • Pendidikan
Log Masuk
Cikgu Noor Hisham
Motivasi

Abu Said al-Kharraz

noorhisham.com 2 dibaca 0 komen
Abu Said al-Kharraz
Amal ibadat itu ialah jalan yang membawa kepada mengenal Allah, tetapi harta kekayaan itu adalah hijab yang besar.

Kisah yang Kedua: Bab 2 — Abu Said al-Kharraz

Abu Said al-Kharraz berkata, si hamba itu berpaling menghadap Allah dan mencapai kehampiran dan perdampingan dengan-Nya. Maka, hilanglah apa-apa sahaja selain Allah, bahkan dirinya sendiri pun.

Jika orang bertanya kepadanya, “Apakah yang akan, apakah yang ia hendak?” Dia akan berkata, “Aku hanya mencari Allah.”

Sekiranya tiap-tiap anggota kami diberi lidah, maka semuanya akan menyebut nama Allah kerana setiap anggota telah diliputi oleh cahaya ketuhanan dan penuh mabuk kepada-Nya.

Begitulah keadaan mereka yang mencapai kehampiran yang sangat dengan Allah, hinggalah mereka tidak mahu menyebut nama Allah kerana pada perasaan mereka, nama itu sendiri telah diambil oleh Allah sendiri. Allah sendiri bercakap kepada mereka, dan bukan orang lain.

Abu Said al-Kharraz mengajarkan:

1\. Pertama, saya berasa malu hendak menyimpan makanan untuk malam hari atau menyimpan lebih daripada 1 pakaian.

2\. Orang yang dikasihi Allah, kemahuannya akan dikabulkan tanpa perlu lagi berdoa kepada-Nya.

3\. Amal ibadat itu ialah jalan yang membawa kepada mengenal Allah, tetapi harta kekayaan itu adalah hijab yang besar.

4\. Kebahagiaan itu ialah dalam mengenang Allah.

5\. Barang siapa yang dikasihi Allah, maka pintu untuk mengenang-Nya itu sentiasa dibuka kepadanya.

6\. Menunjukkan dirinya hanya setakat yang mampu oleh si hamba itu memandang sinarnya.

7\. Allah itu dicapai bukan dengan usaha atau tanpa usaha, tetapi adalah dengan rahmat-Nya jua.

8\. Hormatilah masa itu dengan menggunakannya untuk beribadat kepada Allah.

9\. Wali Allah yang sempurna itu tidak melibatkan dirinya dengan pekerjaan yang lain daripada Allah.

10\. Bersenang-senang itu adalah musuh ketat kepada mereka yang mencari Tuhan.

11\. Bergantung kepada Allah sahaja, jangan kepada yang lain.

#Kisah ke 34

Perbincangan (0)

Belum ada komen. Jadilah yang pertama berkongsi pandangan!