Login

ARKIB:

BELI BELAH:

dark

ILMU KENALI DIRI

Assalamu alaikum sahabat, Selamat Menginjak Kaki ke Tahun baru 2021, inilah artikel pertama saya tahun ini, yang mana saya sedang menghitung beberapa hari lagi insyaAllah akan tiba di utara tanah air.

Memang ini musim Covid, memang ini satu ujian, namun kita mestilah tetap mengawasi diri masing-masing, namun kesempatan untuk berdakwah, mengajar dan belajar jangan dipersiakan. Kerana sedetik masa berlalu, ia tidak akan kembali lagi buat selamanya.Tahun 2020 telah berlalu, bagaikan roket yang meluncur, walau kelihatan perlahan namun hakikatnya ia laju. Begitulah dengan masa, time, waktu. Berapa banyak aktviti yang telah kita lakukan ditahun 2020, berapa banyak pula kesempatan yang terabaikan pada tahun kelmarin, dalam pada itu, berapa jasad sahabat kita pula yang telah terpisah dari ruhnya. Semua ini takkan kembali lagi.

Ini semua perlu kita semat dalam fikiran, aku bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang, untuk memperbaiki diri dan ini semua adalah perjuangan.Mungkin bagi sebahagian orang, kenang-kenangan tahun kelmarin mungkin ada yang tidak boleh dilupakan. Ada yang sedih, bahagia bahkan menyakitkan.

Sesungguhnya, mengingati peristiwa itu tidak pernah ada salahnya, namun menyakiti perasaan dan fikiran sendiri ini yang tidak ada untungnya. Apalagi menggores kembali luka lama pada parut yang sudah kering.Ingat sahabat, hari kelmarin sudah berlalu, ianya bagaikan mimpi. Dan anggaplah ia benar-benar mimpi yang pernah bertandang dalam hidupmu.

Jangan sampai mimpi memberi bekas tidak baik pada dirimu. Kutip anekdot mimpi yang boleh menginspirasimu. Kekecewaan, kegagalan tak usah diingat, bahkan jangan disebut, kerana kita tidak boleh kembali ke masa lalu apalagi untuk mengubah keadaan yang sudah berlaku.Yang mampu kita lakukan adalah mengubah nuansa hati kita, pandangan kita, citra diri kita pada takdir Allah SWT.

Mulakan tahun ini dengan sesuatu yang baik, impikan untuk mencapai beberapa titik kegemilangan, susuli dengan tindakan, usahakan agar ianya menjadi kenyataan.Orang beriman tanpa beramal, bagaikan orang berangan-angan tanpa tindakan. Inilah perbezaan orang gagal dan cemerlang.

Tuhan selalu menyebut dan merangkaikan, innalazina amanu wa amilus solihah, sesungguhnya orang-orang yang beriman dan (juga mereka) beramal soleh. Tidak sekadar ya saya beriman, tetapi saya juga membuktikan keimanan saya.Teman sekalian, dalam hidup ini…

Seharusnya semua manusia mengetahui apakah Gaya Belajar (Learning Style) dirinya masing-masing. Gaya Belajar ini ibarat senjata yang ampuh, (buah spelet) jika kita sudah tahu apakah senjata kita, maka tidak perlu lagi menggunakan kaedah lain.Kalau dalam dunia persilatan, Si Pitong dengan tongkatnya, Hang Tuah dengan kerisnya, kerana kehebatannya terletak pada bermain senjata tersebut.

Nah, kalau mereka sudah menemukan jati dirinya masing-masing, apakah gaya belajar kita? Apakah Dominan Visual, Auditori, Kinestatik, Fokus atau bebas? Bagus sekali, jika anak didik kita mengetahui rahsia gaya belajarnya masing-masing sejak dari awal. Persoalannya. Siapakah yang hendak memberitahu anak murid ini, apakah gaya belajar dia yang sesungguhnya. Ibubapa? belum tentu ibubapa nya tahu.Nah, ada beberapa kaedah untuk mengetahuinya, antaranya, lihat pandangan matanya, tarikh lahirnya, cap jari dan gaya bercakapnya. Tidak hanya ini, bahkan lebih dari ini, namun mengetahui satu jenis kaedah, belum tentu itu benar dan tepat, ya kan.Mungkin anda merasa anda seorang visual, tetapi dalam huraian lain mengatakan anda seorang fokus, lalu bagaimana?Dalam bengkel di Arau dan Kulim nanti, saya akan dedahkan kaedah mengetahui gaya belajar.

Dengan mengetahui gaya belajar diri sendiri, anda pasti tau gaya belajar anak-anak anda, anak murid anda, anak didik anda.Dengan ini, impian anda untuk menjadi khairunnas, (sebaik-baik manusia) semakin mendekat. Kerana antara ciri-ciri sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat (hidupnya) buat orang lain.Ikuti kelas bersama saya nanti, tinggalkan sebentar kerja-kerja lain, kerana kelas ini bakal mengubah persepsi anda, cara anda memahami manusia, bagaimana cara memberi bimbingan kepada insan lain. Moga ini semua menjadi antara ladang pahala kita dalam menuju yaumil mahsyar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

5 GAYA BELAJAR

Next Post

BICARA SANTAI TENTANG DADAH

Related Posts