Aha. Okt 24th, 2021
OBS CIKGU SHAM BERBAGI

Buat Video Marketing Murah Meriah CIKGU SHAM BERBAGI

Cara Buat VideoRamai jugak la yang tanya saya macam mana cara buat video. Bahkan ada yang datang ke rumah nak belajar.

Cara mudah nya semua orang ada Hand Phone kan. On kan kamera HP tu ke diri anda, tekan butang rekod dan terus bagi Salam. Isilah dengan content apa saja. Namun pilih lah 1 mesej untuk 1 content.Tak mesti ada green screen dan muzik tambahan. Cuba je dulu.Namun, Sesungguhnya orang-orang yang pandai berkata-kata tu tak semua orang. Bercakap ni.. Nampak macam mudah. Asal bagi Salam je. Tiba tiba blur. Hilang semua nak kata apa.

Orang yang pandai bercakap tu macam Sobat kita Ust Muiz ikut kan numerologi beliau tu ada 123 dan 246. Siapa yang dah belajar benda ni tau lah apa benda nya 123 dan 246 tu.Bagi anda yang teringin nak buat seperti orang lain buat, apa salah nya mencuba. Jika dah mula step pertama biasa nya anda akan naik step 2.Namun, jika step 1 pun anda dah tercungap-cungap baik anda tukar Impian. Rezeki anda bukan dibahagian bercakap-cakap. Mungkin bahagian buat membuat. Atau pikir memikir. Jangan tidak ketiga-tiganya. Anda carilah sendiri potensi anda. Rugi jika hidup dah 2/3 tapi masih tak kenal potensi diri. Sungguh!

Kuburkan Impian anda nak menjadi penceramah, apa lagi pakar motivasi, youtuber, anda boleh jadi pekerja di sebalik tabir. Macam dejay radio ke, operator telefon ke. Atau apa saja yang orang tak nampak anda.Bakat Interpersonal anda mungkin rendah. Namun percayalah, Tuhan tidak melahirkan anda dengan semua Bakat tercorot. Mungkin anda saja yang tidak percaya diri. Anda ada kelebihan tersendiri. Kadang-kadang yang pelik nya, orang lain yang lebih mengenali diri anda berbanding anda sendiri.

video%2Bediting CIKGU SHAM BERBAGI

By NOORHISHAM HAMZAH

Teks bio

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *