Aha. Sep 26th, 2021

Satu ILMU yang tidak terbayang pada saya saat kecil-kecil dahulu ialah tentang potensi manusia. Setiap manusia dilahirkan ke dunia dengan potensi-potensi tertentu, ibaratnya Tuhan hantar kita ke dunia dengan berbekalan potensi tertentu untuk kita terus hidup. Namun, apakah manusia menyedari apakah potensi dirinya?

Fakta tentang Potensi

  1. Tak semua orang memiliki semua potensi seperti orang lain
  2. Tidak ada manusia yang lahir zero potensi
  3. Potensi berbeza untuk setiap manusia dari segi jantina
  4. Potensi berbeza untuk setiap manusia dari segi cap jari
  5. Potensi berbeza untuk setiap manusia dari segi tarikh lahir
unsur CIKGU SHAM BERBAGI

Namun, semua potensi ini perlu kita fahami, sebesar mana potensi kita dalam 10 aspek utama ini. Manakah potensi yang lebih dominan antara

  1. Bakat Interpersonal
  2. Bakat Intrapersonal
  3. Berfikir Kreatif
  4. Berfikir Logik
  5. Tindakan Kreatif
  6. Tindakan Logik
  7. Bahasa
  8. Muzik
  9. Visual Image
  10. Visual Text

Ilmu tarikh lahir inilah yang dipanggil metafizik atau numerologi, ianya diasaskan oleh ibnu sina kemudian dikembangkan oleh orang-orang selepasnya

Fakta Ilmu Numerologi

Kursus Metafizik ini, saya telah belajar berguru bersama 4 orang guru besar utama. Kursus pertama menghabisi dana RM2000 dan kursus kedua RM250.00 tidak termasuk kursus lanjutan tambahan lain seperti pembelian ebook dan lain-lain. Guru Pertama (ZUl Hilmi), Guru Kedua (Prof Aziz) ketiga (Sifu Ihsan) dan keempat (Tuan Zazley).

Saya merancang untuk berbagi ilmu ilmu RM2350 ini dengan kos paling minima dan sanggup anda bayar dengan objektif anda mampu menguasai dan menjadi ahli dalam ilmu ini. Dengan adalah ilmu ini, anda memiliki satu skill tambahan dalam bab mengenal manusia.

Jika ilmu cap jari, mesti lihat jarinya dahulu, manakala ilmu tarikh lahir, tanpa bertemu pun, anda boleh mengetahui potensi dirinya, walau jarak beribu batu, asal anda tau tarikh lahirnya yang tepat.

ingat, biasanya manusia akan menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu

Apa saja yang kita boleh tau dari tarikh lahir?

  1. Sifat
  2. Watak
  3. Elemen
  4. Jenis pekerjaan yang biasa dipelopori
  5. Bakat yang biasanya ada dan dominan

Hal yang tidak boleh kita tahu dari tarikh lahir

  1. Jantina apa
    • kita tidak tahu apakah dia lelaki atau wanita
  2. Hidup sampai usia berapa tahun
    • kita juga tidak boleh mengetahui sampai usia berapa dia atau kita boleh hidup
  3. Boleh kahwin sampai berapa orang
    • Nah, ini pun satu hal yang sering ditanya orang, namun jangan terkejut, ada fakta data yang jelas, orang-orang seperti apakah yang selalu nya berezki kahwin lebih. Untuk para wanita, ketahuilah jika seseorang lelaki boleh kahwin lebih artinya dia memiliki 3 hal, pertama hati, kedua potensi dan ketiga rezeki. Ramai orang ada hati nak kahwin lagi, tapi tiada potensi, ada pula yang ada potensi tapi tiada rezeki. Janganlah membenci dan terus memusuhi suami jika pernah terkeluar dari mulutnya hal ini. kerana ingat 2 hal lagi, iaitu potensi dan rezeki.

Manfaat dari ilmu tarikh lahir

  1. Tau kelemahan diri yang boleh kita perbaiki
    • setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing, namun apakah kelemahan anda yang sering memutuskan hubungan anda dengan cita-cita anda. Apakah panas baran, pemalu, gopoh, tidak sabar dan lain-lain?
  2. Tau kekuatan diri pemberian Tuhan yang seharusnya kita tidak abaikan
    • Alangkah sayang beribu kali sayang, jika ada manusia yang tidak memanfaatkan kekuatan dirinya,ini hadiah dari Tuhan lho, ada orang kekuatanya pada suara, lalu boleh berdakwah, bersyair, berqasidah, bertaranum, sayang jika tak digunakan. Ada orang mulutnya mudah dipercayai orang, apa pun yang cakap, orang sangat mudah untuk percaya. Rugi lho tak manfaatkan.

Nah, dari penerangan ringkas saya diatas, apakah pertanyaan yang muncul dari fikiran anda?

Bilakah kursus ini akan bermula ? Saya tunggu feedback kawan-kawan yang baik hati semua. Anda boleh tinggalkan diruangan komen dibawah.

By NOORHISHAM HAMZAH

Teks bio

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *