Abu Ishaq Ibrahim as-Syaibani
Abu Ishaq Ibrahim as-Syaibani berkata:
“Sentiasalah mengingati Allah. Jika engkau tidak mampu berbuat demikian, maka ingatlah akan kematian kerana mengingati kematian merupakan satu peringatan yang berterusan.
Jika engkau ingin membebaskan dirimu daripada belenggu kehendak duniawi, maka sembahlah Allah dengan penuh keikhlasan.
Apabila seseorang itu benar-benar mengabdikan dirinya kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah membebaskan dirinya daripada segala belenggu selain Allah.”