Kisah Abu Muhammad al-Murta'syi
Pada suatu hari, beliau berasa dahaga semasa berjalan di satu lorong di bandar dekat Baghdad. Beliau pergi ke sebuah rumah meminta air. Seorang gadis keluar membawa air. Beliau terpesona oleh kecantikan gadis itu.
Beliau berjumpa dengan bapa gadis itu dan menyatakan keinginannya hendak berkahwin dengan gadis tersebut. Bapa gadis itu bersetuju dan mereka pun berkahwin.
Pada malam pertama selepas berkahwin, beliau masuk ke bilik perempuan itu dan terus sembahyang. Disuruhnya isterinya membawa pakaian yang biasa dipakainya sebelum berkahwin dahulu. Setelah memakai pakaian itu, pakaian kahwinnya dibuang.
Isterinya diceraikannya.
Orang bertanya kepada beliau, “Kenapa beliau berbuat demikian?”
Jawab beliau, “Saya bertemu dengan isteri saya itu dan sedang saya sembahyang, terdengar suara ketuhanan berkata, ‘Kamu telah memandang yang lain daripada Aku. Maka, Aku buangkan pakaianmu yang biasa itu dan memakaikan pakaian pengantin. Jika kamu berterusan dengan kehidupan baharu itu, Aku akan buangkan semua yang kamu capai dalam bidang kesufian ini.’”
Al-Murta'syi berkata, “Ingatkan kata-kata al-Quran, jika kamu cinta kepada harta, anak-pinak, keluarga, isteri, pekerjaan serta rumah kamu melebihi daripada mencintai Aku, maka kamu tidak mematuhi perintah-Ku.”
Al-Murta'syi mengajarkan dua perkara:
-
Jangan kamu bersyukur kepada sesiapa kecuali kepada Allah kerana segala-galanya kamu terima daripada-Nya. Jangan kamu merayu kepada sesiapa kecuali kepada Allah.
-
Adalah lebih baik bagi aulia itu tinggal bersama dengan aulia juga.