Kisah Abu Husain an-Nuri
Wajah Abu Husain an-Nuri sangat bersinar. Jika beliau duduk di bilik yang gelap pada malam hari sambil memberi syarahan, maka wajahnya itu akan penuh dengan sinaran cahaya.
An-Nuri berkata, “Dunia ini ialah tempat mengabdikan diri kepada Allah dan untuk berdampingan dengan-Nya.”
2\. Ada beberapa orang wali Allah dalam dunia yang mati jika berpaling sebentar sahaja daripada Allah. Aulia Allah ini makan, tidur, bercakap dan bersama dengan Allah sahaja, serta meminta kepada Allah sahaja.
3\. Murid (dalam tarekat) itu ialah orang yang tidak memandang harta kekayaan dunia jika diberikan kepadanya.
4\. Orang sufi itu tidak terikat kepada satu apa pun.
Kesufian itu bukanlah satu doktrin yang rasmi ataupun ilmu duniawi. Jika ia satu upacara, maka ia memerlukan sedikit latihan. Jika ia satu pelajaran, maka ia memerlukan bimbingan. Sebenarnya, kesufian itu sesuai dengan akhlak seseorang.
Seorang buta sedang duduk di tepi jalan sambil menyebut nama Allah. An-Nuri bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu tahu tentang Allah? Jika kamu tahu Dia, bagaimana pula kamu hidup berpisah dengan-Nya?”
Setelah berkata demikian, An-Nuri masuk ke dalam keadaan sakar (mabuk Allah) dan terus pengsan.
Setelah sedar, beliau terus berlari ke dalam hutan. Di sana, kakinya luka-luka terkena tunggul buluh. Darah yang keluar dari kakinya itu bercucuran ke atas tanah, dan darah itu menulis nama Allah.
Walaupun dibawa orang ke rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri, pada masa itu juga beliau sentiasa menyebut, “La ilaha illallah.” Dalam keadaan demikian itu juga, beliau pun menghembuskan nafas terakhir.