Kisah Ruwaim
Ruwaim berkata, “Saya sedang berjalan di lorong bandar Baghdad. Saya berasa dahaga dan terus pergi ke sebuah rumah meminta air. Datang seorang kanak-kanak lelaki membawa air. Saya melihatnya, lalu berkata, ‘Wah, orang sufi minum air pada siang hari!’ Semenjak itu, saya tidak lagi minum air pada siang hari.”
Segerombolan penyamun telah menangkap sepuluh orang daripada anak-anak lelaki beliau. Mereka membunuh sembilan orang anaknya itu seorang demi seorang. Ruwaim hanya tersenyum sambil memandang ke langit, tidak melawan ataupun berdoa kepada Allah.
Apabila mereka hendak membunuh anak yang kesepuluh, anak itu berkata, “Kenapa ayah tidak meminta sesuatu terhadap pembunuh ini?”
Ruwaim menjawab, “Allah itulah pelaku segala perbuatan dan Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Aku ini siapa? Aku hanya hamba, dan hamba tidak berhak mempersoalkan perbuatan tuannya.”
Ketua penyamun itu tersentuh oleh kata-kata beliau lalu berkata, “Sekiranya tuan berkata demikian semenjak mula lagi, tentulah saya tidak membunuh anak-anak tuan itu.”
Anak yang seorang itu pun dibebaskan.
Ruwaim mengajarkan sembilan perkara:
-
Allah berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepada-Nya, bukan untuk yang lain-lain.
-
Tanda mencapai kehampiran dengan Allah itu ialah berasa tidak seronok memandang yang lain kecuali Allah.
-
Meninggalkan dunia itu adalah zuhud yang paling tinggi.
-
Allah berfirman bahawa semakin kaya seseorang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
-
Wali Allah yang menghormati orang kaya akan kehilangan satu pertiga daripada kesufiannya.
-
Jauhkan diri daripada majlis orang kaya-kaya seperti menjauhkan diri daripada orang yang telah tidak bernyawa lagi.
-
Barang siapa mencari perlindungan daripada selain Allah akan menderita di tangan selain Allah itu.
-
Dunia ini menghalang kita daripada memasuki alam yang kekal.
-
Ketika bersendirian, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.