Logo noorhisham.com
noorhisham.com Inspirasi • Ilmu • Pendidikan
Log Masuk
Cikgu Noor Hisham
Motivasi

Mansur bin Umar

noorhisham.com 4 dibaca 0 komen
Mansur bin Umar
“Oleh kerana kamu menghormati nama Kami, maka Kami akan bukakan pintu ilmu kepadamu.”

Kisah ke-31: Mansur bin Umar

Satu hari, beliau berjumpa sekeping kertas di jalan raya. Pada kertas itu tertulis nama Allah. Oleh kerana beliau tidak mahu kertas itu dipijak-pijak oleh orang ramai yang lalu-lalang, maka diambilnya kertas itu, dilipatnya dan ditelannya.

Pada malam itu, dalam mimpinya, beliau mendengar suara ketuhanan berkata, “Oleh kerana kamu menghormati nama Kami, maka Kami akan bukakan pintu ilmu kepadamu.”

Dengan kurniaan Tuhan, beliau menjadi orang alim dan dapat memberi syarahan dengan berkesan sekali.

Beliau memberi empat dirham kepada khadamnya untuk membeli barang di pasar. Dalam perjalanan, khadam itu teringat syarahan Mansur. Beliau berkata, “Orang yang mahu memberiku empat dirham sebagai tukaran empat doa untukku persembahkan kepada Allah bagi pihaknya.”

Khadam itu memberi empat dirham itu kepada Mansur dan meminta beliau berdoa untuk mendapatkan empat perkara baginya.

Mansur berkata kepadanya, “Apakah empat perkara itu?”

Khadam itu menjawab, “Pertama, minta saya dibebaskan. Kedua, minta tuanku diberi ampun kerana dosanya. Ketiga, sebagai ganti empat dirham ini, saya dapat empat dirham yang lain. Keempat, Allah beri rahmat-Nya kepadaku, kepada tuan dan segala hadirin di sini.”

Mansur pun berdoa memohon empat perkara itu.

Apabila khadam itu sampai ke rumah tuannya, tuannya marah kepadanya kerana terlambat. Tetapi apabila khadam itu menceritakan segala yang berlaku tadi, maka tuannya itu pun tidak jadi marah. Bahkan, beliau terpengaruh oleh kata-kata khadamnya itu.

Semasa itu, terasalah beliau hendak bertaubat. Beliau pun sujud dan terus meminta ampun ke hadrat Tuhan.

Kemudian, khadam itu dibebaskan dan dengan sukacita diberi hadiah 400 dirham pula.

Dalam mimpinya, orang kaya itu mendengar suara ketuhanan berkata, “Kamu telah memberi khidmatmu. Sekarang Kami akan beri kurnia kepadamu. Rahmat Kami kepadamu, khadam-mu itu, Mansur bin Umar dan pengikut-pengikut beliau.”

Mansur bin Umar Mengajarkan Demikian:

  1. Barang siapa ingin berjumpa dengan ahli dunia, akan berjauhan dengan Allah.

  2. Kebersihan hati dicapai dengan empat latihan: bercampur dengan aulia Allah, mengaji al-Quran, sembahyang di waktu malam, dan mengeluarkan air mata pada masa sembahyang Subuh.

  3. Anak-anak kamu dan harta benda kamu adalah musuh-musuh kerohanian bagimu.

  4. Orang yang lari daripada makhluk menuju Allah adalah hamba Allah sejati.

#Kisah ke-31

Perbincangan (0)

Belum ada komen. Jadilah yang pertama berkongsi pandangan!