Kisah Selanjutnya: Wali yang Pertama, Bab 2 — Amru bin Uthman al-Makki
Beliau ialah salah seorang guru Junaid.
Pada suatu hari, beliau menulis sepucuk surat kepada Junaid al-Shibli yang berbunyi:
“Orang yang berani memasuki jalan kerohanian tariqat sufi ini ialah orang yang telah mengetahui bahawa dia akan menempuh 20 batang sungai yang amat deras airnya dan 20 buah gunung api sebelum dia mencapai pengenalan diri.
Barang siapa yang tidak berani menghadapi percubaan itu, maka lebih baik jangan cuba menggelarkan dirinya sebagai orang yang mencari makrifatullah.”
Apabila surat daripada Amru yang berada di Mekah itu sampai kepada aulia Allah yang berada di Iraq, mereka mentafsirkan bahawa 20 buah unggun api itu melambangkan keadaan-keadaan bukan wujud yang mesti ditempuh oleh seseorang dalam perjalanan kerohanian, manakala 20 batang sungai itu melambangkan wilayah wujud yang akan dimasuki supaya dapat sampai kepada kehampiran dengan Allah.
Junaid berkata bahawa dia baru menempuh satu halangan itu sahaja.
Shibli berkata bahawa beliau baru berjalan 3 langkah sahaja.
Beliau berkata bahawa kedua-dua murid itu telah beruntung juga kerana dirinya sendiri masih belum memasuki satu pun daripada keadaan-keadaan tersebut.