Syarahan yang Kedua Puluh Sembilan
-
Peringatan tentang Kemiskinan: Bahagian awal memaparkan sabda Nabi Muhammad SAW yang mengingatkan bahawa kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran.
-
Ciri Hamba yang Benar-Benar Hampir kepada Allah: Orang yang benar-benar hampir dengan Allah menaruh keyakinan penuh kepada-Nya dan menyerahkan segala urusan diri kepada-Nya. Mereka yakin bahawa segala ketetapan rezeki daripada Allah pasti akan sampai, manakala apa yang dihindarkan oleh Allah daripada mereka pasti tidak akan menimpa mereka.
-
Rujukan Ayat Al-Quran: Petikan ayat al-Quran pada halaman ini merujuk kepada Surah At-Talaq (65:2–3), yang menyentuh tentang ketetapan dalam urusan idah (rujuk atau lepas dengan cara yang baik serta persaksian yang adil), ketakwaan yang membuka jalan keluar dan pintu rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka, bertawakal kepada Allah, serta keyakinan bahawa Allah melaksanakan urusan-Nya dan telah menetapkan ketentuan bagi setiap sesuatu.
-
Penutup Halaman: Bahagian bawah menjelaskan panduan yang diberikan dalam ayat tersebut agar urusan dilaksanakan dengan baik dan persaksian ditegakkan dengan adil kerana Allah.
orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Allah berfirman demikian tatkala hamba itu dalam keadaan senang dan damai. Kemudian Allah menguji dia dengan bencana dan kemiskinan; maka hamba itu pun merayu dan menyerahkan dirinya kepada Allah, tetapi tidak dihindarkan oleh Allah bencana dan kemiskinan itu daripadanya. Maka waktu itu betullah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW: "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kekufuran."
Bagi mereka yang dilayani Allah dengan lemah lembut, maka Allah akan hindarkan bencana dan kemiskinan itu daripada mereka; dan diberinya kesentosaan dan keamanan dan kekuatan untuk bersyukur dan memuji dan berterusan dalam keadaan itu sehinggalah dia bertemu dengan Tuhannya. Apabila Allah hendak menguji dia, maka Allah datangkan malapetaka dan memutuskan pertolongannya. Maka orang itu menunjukkan kufurnya dengan menyalahkan dan menuduh Allah tidak kasihan dan menolongnya. Maka dia mati dalam keadaan kufur dan mengingkari tanda-tanda Allah dan marah kepada Allah. Kepada orang yang sedemikianlah Nabi bersabda yang lebih kurang maksudnya:
-
"Sesungguhnya orang yang paling hebat hukumannya di hari kebangkitan ialah orang yang diberi Allah kemiskinan di dunia ini dan hukuman di akhirat kelak. Kami berlindung dengan Allah daripada yang sedemikian itu."
Miskin yang dimaksudkan dalam sabda Baginda itu ialah miskin yang menyebabkan orang lupa kepada Allah. Maka daripada kelompok inilah yang Baginda minta dilindungi. Kepada Baginda, Allah melimpahkan kesabaran dan tawakal dan reda serta fana' dalam kelakuan Allah. Baginda adalah orang pilihan-Nya, rasul-Nya, penghulu segala nabi-nabi, raja segala wali, yang dipertuan agung segala hamba-hamba Allah, seorang yang alim, seorang yang besar di sisi Tuhan yang boleh memberi syafaat dan bimbingan kepada seseorang untuk mencapai hadrat Tuhan sekalian alam. Allah memelihara Baginda dengan kasih sayang-Nya, siang dan malam, seorang diri atau di kalangan orang ramai, secara zahir dan secara tersembunyi sehingga Baginda kembali menemui Tuhannya.