SYARAHAN KETUJUH
Keluarlah dari diri kamu sendiri dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Penuhkan hatimu dengan Allah. Patuhlah pada perintah-Nya dan larikan diri daripada larangan-Nya agar nafsu badaniah kamu tidak memasuki dirimu semula setelah ia keluar.
Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah daripada hatimu, kamu hendaklah berjuang melawannya dan janganlah menyerah kepadanya dalam semua keadaan dan masa.
Oleh itu, janganlah berkehendak kepada sesuatu yang bukan kehendak Allah. Kehendak kamu yang bukan kehendak Allah adalah kehendak nafsu badaniah. Kehendak itu, jika dituruti, akan merosakkan diri kamu dan menjauhkan kamu daripada Allah.
Patuhlah kepada perintah Allah, jauhilah segala larangan-Nya dan bertawakallah kepada-Nya sahaja. Sekali-kali janganlah kamu menyekutukan-Nya.
Dialah yang menjadikan nafsu dan kehendak kamu. Demikianlah, janganlah berkehendak, berhajat atau bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu sehingga kamu tercebur ke lembah syirik.
Allah berfirman:
"Barang siapa bercadang hendak bertemu dengan Tuhannya, dia hendaklah beramal soleh dan jangan menyekutukan Allah dengan apa pun jua."
p30
Syirik itu bukan sahaja semata-mata menyembah berhala. Syirik itu juga termasuk menurut hawa nafsu dan menyekutukan apa sahaja yang lain di dunia dan di akhirat selain Allah. Kerana apa sahaja selain Allah bukanlah Tuhan. Jika kamu menumpukan hati kepada selain Allah, maka kamu telah melakukan syirik. Oleh itu, janganlah kamu menyekutukan Allah secara kasar mahupun secara halus.
Berjaga-jagalah, jangan berdiam diri. Berhati-hatilah dan sentiasalah berwaspada. Semoga kamu beroleh keselamatan.
Segala pangkat dan kebaikan yang kamu peroleh, janganlah kamu katakan bahawa semuanya datang daripada diri kamu sendiri atau merupakan kepunyaan kamu.
Jika kamu diberi sesuatu hal atau keadaan, atau dinaikkan kepada sesuatu taraf kedudukan, janganlah dihebohkan kepada sesiapa.
Kerana dalam pertukaran suasana dari hari ke hari itu, Allah menzahirkan keagungan-Nya dalam aspek-aspek yang sentiasa baharu. Allah juga menyelangi antara hamba-hamba-Nya dengan hati-hati mereka.
Boleh jadi apa yang kamu katakan milik kamu itu akan dilepaskan daripada kamu.
Dan apa yang kamu anggap kekal itu boleh jadi berubah keadaan. Maka, kamu akan berasa malu terhadap mereka yang pernah kamu ceritakan perkara tersebut.
Lebih baik kamu berdiam diri dan menyimpannya dalam pengetahuan kamu sahaja tanpa menyampaikannya kepada sesiapa.
Jika kamu memiliki sesuatu, ketahuilah bahawa itu adalah kurnia Allah. Bersyukurlah kepada-Nya dan bermohonlah kepada-Nya supaya ditambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya.
Jika sesuatu itu terlepas daripada kamu, ia akan menambahkan ilmu, kesedaran dan kewaspadaan kamu.
Allah berfirman:
"Dan apa sahaja ayat atau perutusan (kitab-kitab terdahulu) yang Kami batalkan atau Kami jadikan ia dilupakan, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang seumpamanya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu?"
P31
Oleh itu, janganlah disangka bahawa Tuhan Allah itu tidak berkuasa dalam sesuatu perkara. Janganlah disangka ada kekurangan dalam ketentuan dan peraturan-Nya serta janganlah bersangka buruk atau meragui janji-Nya.
Contohnya, Nabi Besar Muhammad SAW. Ayat-ayat yang diwahyukan kepada Baginda itu dipraktikkannya.
Ayat-ayat tersebut dibaca di dalam masjid, ditulis di dalam buku, bahkan ada yang diambil dan ditukar dengan ayat-ayat yang lain. Perhatian Nabi diarahkan kepada perkara-perkara wahyu yang baharu diterima, yang menggantikan ayat-ayat lama. Ini terjadi dalam perkara hukum-hukum yang zahir.
Berkenaan dengan perkara-perkara kebatinan, ilmu dan keadaan kerohanian yang berlaku antara Baginda dengan Tuhan-Nya, Baginda berkata bahawa hatinya biasa diselubungi (kelupaan), dan Baginda memohon perlindungan Allah sebanyak 70 kali sehari.
Juga diceritakan bahawa 100 kali sehari, Nabi biasa dibawa daripada satu keadaan atau hal kepada satu keadaan atau hal yang lain. Dengan itu, Baginda dibawa ke peringkat-peringkat yang semakin hampir dan lebih hampir lagi ke hadrat Ilahi.
Baginda mengembara ke alam yang Maha Tinggi dan nur menyelubungi Baginda dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. Setiap kali satu peringkat dinaiki, peringkat yang di bawah itu kelihatan gelap jika dibandingkan dengan peringkat yang di atas.
Semakin tinggi Baginda naik, semakin bersinarlah nur Allah melimpahi hati sanubari Baginda.
Baginda biasa menerima arahan supaya memohon ampun atau perlindungan Tuhan kerana sebaik-baik hamba Allah ialah mereka yang sentiasa memohon ampun dan perlindungan Allah serta sentiasa kembali kepada-Nya.
Ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa kita mempunyai dosa dan kesalahan. Kedua-duanya merupakan perkara yang terdapat pada hamba-hamba Allah dalam semua keadaan hidup mereka dan menjadi sebahagian daripada warisan daripada Nabi Adam AS, yang merupakan bapa segala manusia dan hamba pilihan Allah.
Apabila kelupaan terhadap perintah Allah itu telah mengaburkan cahaya kerohanian, Baginda menunjukkan keinginan dan kehendak untuk kekal di syurga di samping Tuhan. Tuhan berkehendak menghantar Malaikat Jibril kepada Baginda pada masa itu.
Kehendak diri (ego) Baginda terzahir dan kehendak Adam didapati bercampur dengan kehendak Allah. Kehendak Baginda itu dihancurkan dan keadaan pertama itu dihilangkan.
Kehampiran kepada Tuhan pada masa itu turut hilang. Cahaya keimanan yang terang-benderang bertukar menjadi kabur dan kesucian rohani Baginda menjadi sedikit kotor.
Maka, Allah akan memperingatkan Baginda, menyedarkan Baginda tentang kesalahan dan dosanya serta memerintahkan Baginda supaya mengakui kesalahan dan dosanya dan memohon ampun kepada Allah.
p33
Adam