- SYARAHAN KE-5
المقالة الخامسة
في بيان الدنيا والحث على عدم الالتفات إليها
Penjelasan tentang dunia dan seruan supaya tidak terpaut kepadanya.
1. Dunia dengan segala perhiasannya
Teks Arab:
إِذَا رَأَيْتَ الدُّنْيَا فِي أَيْدِي أَرْبَابِهَا
Terjemahan:
Apabila kamu melihat dunia berada dalam genggaman orang-orang yang memilikinya.
بِزِينَتِهَا وَأَبَاطِيلِهَا وَخِدَاعِهَا
Dengan segala perhiasan, kebatilan dan tipu dayanya.
وَمَصَائِدِهَا وَسُمُومِهَا الْقَتَّالَةِ
Serta perangkap-perangkap dan racun-racunnya yang membinasakan.
مَعَ لِينِ مَسِّ ظَاهِرِهَا
Walaupun sentuhan luarannya kelihatan lembut dan menyenangkan.
وَضَرَاوَةِ بَاطِنِهَا
Sedangkan bahagian dalamnya mengandungi keburukan dan bahaya.
وَسُرْعَةِ إِهْلَاكِهَا
Dan betapa cepatnya ia membinasakan.
وَقَتْلِهَا لِمَنْ مَسَّهَا وَاغْتَرَّ بِهَا
Serta membinasakan sesiapa yang mendekatinya dan terpedaya dengan nya.
وَغَفَلَ عَنْ وَلِيِّهَا وَغَدْرِهَا بِأَهْلِهَا
Dan lalai daripada menyedari perubahan serta pengkhianatan dunia terhadap penghuninya.
وَنَقْضِ عَهْدِهَا
Serta kemungkiran janji dunia.
Rujukan lafaz Arab dan variasi bacaan pada bahagian ini:
2. Perumpamaan orang yang membuang air besar
فَكُنْ كَمَنْ رَأَى إِنْسَانًا
Maka jadilah kamu seperti seseorang yang melihat seorang manusia.
عَلَى الْغَائِطِ بِالْبَرَازِ
Sedang membuang air besar di kawasan lapang.
بَادِيَةً سَوْأَتُهُ وَفَائِحَةً رَائِحَتُهُ
Dengan auratnya yang terdedah dan baunya yang tersebar.
فَإِنَّكَ تَغُضُّ بَصَرَكَ
Maka sesungguhnya kamu akan mengalihkan pandanganmu.
عَنْ سَوْأَتِهِ وَتَسُدُّ أَنْفَكَ
Daripada auratnya dan kamu menutup hidungmu.
مِنْ رَائِحَتِهِ وَنَتْنِهِ
Daripada bau dan kebusukannya.
3. Bagaimana hendaknya kamu bersikap terhadap dunia?
فَهَكَذَا كُنْ فِي الدُّنْيَا
Maka demikianlah hendaknya kamu bersikap terhadap dunia.
إِذَا رَأَيْتَهَا غُضَّ بَصَرَكَ
Apabila kamu melihatnya, palingkanlah pandanganmu.
عَنْ زِينَتِهَا وَسُدَّ أَنْفَكَ
Daripada perhiasannya dan tutuplah hidungmu.
عَمَّا يَفُوحُ مِنْ رَوَائِحِهَا
Daripada bau yang tersebar daripadanya.
شَهَوَاتِهَا وَلَذَّاتِهَا
Iaitu hawa nafsu dan segala keseronokannya.
4. Keselamatan daripada tipu daya dunia
فَتَنْجُو مِنْهَا وَمِنْ آفَاتِهَا
Maka kamu akan terselamat daripadanya dan daripada segala keburukannya.
وَيَصِلُ إِلَيْكَ قِسْمُكَ مِنْهَا
Dan akan sampai kepadamu bahagian rezekimu daripada dunia.
وَأَنْتَ مُهَنَّأٌ
Dalam keadaan kamu mendapat kesenangan dan ketenangan.
5. Firman Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى لِنَبِيِّهِ الْمُصْطَفَى
Allah SWT telah berfirman kepada Nabi-Nya yang terpilih.
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam kepadanya.
6. Firman Allah SWT — Surah Taha, ayat 131
سُورَةُ طه — الآية ١٣١
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Pecahan ayat dan terjemahan
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ
Dan janganlah engkau tujukan kedua-dua matamu.
إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ
Kepada apa yang telah Kami berikan sebagai kesenangan.
أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ
Kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai perhiasan.
الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ
Kehidupan dunia untuk Kami menguji mereka.
فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ
Dengannya. Dan rezeki daripada Tuhanmu.
خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Adalah lebih baik dan lebih kekal.
"Dan janganlah engkau tujukan kedua-dua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan daripada mereka sebagai perhiasan kehidupan dunia untuk Kami menguji mereka dengannya. Dan rezeki daripada Tuhanmu adalah lebih baik dan lebih kekal."
Surah Taha, ayat 131.
7. Rujukan kitab
-
Kitab: فتوح الغيب
-
Pengarang: الشيخ عبد القادر الجيلاني
-
Syarahan: المقالة الخامسة
-
Tajuk: في بيان الدنيا والحث على عدم الالتفات إليها
Sumber teks Arab: