Logo noorhisham.com
noorhisham.com Inspirasi • Ilmu • Pendidikan
Cikgu Noor Hisham
ARTIKEL

SYARAHAN KE-12 SYEIKH ABDUL QADIR

noorhisham.com 4 dibaca 0 komen
SYARAHAN KE-12 SYEIKH ABDUL QADIR
SYARAHAN KE-12

nya.

السَّرْحَةُ الثَّانِيَةَ عَشْرَةَ

1

إِذَا مَنَحَكَ اللهُ

Jika Allah memberikan kepadamu

القَوِيُّ الغَنِيُّ مَالًا

harta daripada Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya

فَلَا تَدَعِ المَالَ

maka janganlah kamu membiarkan harta itu

يُؤَثِّرُ فِي قَلْبِكَ

mempengaruhi hatimu

حَتَّى تَنْسَى اللهَ

sehingga kamu melupakan Allah

وَتَتْرُكَ طَاعَتَهُ

dan meninggalkan ketaatan kepada-Nya.

 

2

فَإِذَا نَسِيتَ اللهَ

Jika kamu melupakan Allah

وَعَصَيْتَهُ بِسَبَبِ المَالِ

dan menderhakai-Nya kerana harta

فَإِنَّكَ سَتُحْجَبُ عَنْهُ

maka kamu akan terdinding daripada-Nya

فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

di dunia dan di akhirat.

 

3

وَقَدْ يَأْخُذُ اللهُ

Dan mungkin Allah mengambil

ذَلِكَ المَالَ مِنْكَ

harta itu daripadamu

حَتَّى تُصْبِحَ فَقِيرًا

sehingga kamu menjadi miskin

مُعْدَمًا لَا تَمْلِكُ شَيْئًا

dan papa, tidak memiliki apa-apa.

 

4

أَمَّا إِذَا بَقِيتَ

Namun, jika kamu tetap

ذَاكِرًا لِلَّهِ مُطِيعًا

mengingati Allah dan taat kepada-Nya

وَلَمْ يَتَأَثَّرْ قَلْبُكَ

dan hatimu tidak terpengaruh

بِالمَالِ أَبَدًا

dengan harta itu sama sekali.

 

5

فَإِنَّ اللهَ يَمْنَحُكَ

Maka sesungguhnya Allah memberikan kepadamu

ذَلِكَ المَالَ بِلَا مُقَابِلٍ

harta itu secara percuma

وَلَا يَنْقُصُهُ شَيْئًا

dan tidak mengurangkannya sedikit pun

وَلَوْ قَلِيلًا

walaupun sedikit.

 

6

المَالُ عَبْدٌ لَكَ

Harta benda adalah hambamu

وَأَنْتَ عَبْدُ اللهِ

sedangkan kamu ialah hamba Allah.

 

7

وَلِذَلِكَ يَنْبَغِي أَنْ

Oleh itu, hendaklah kamu

تَعِيشَ حَيَاتَكَ تَحْتَ

menjalani kehidupanmu di bawah

رِعَايَةِ اللهِ الرَّحْمَنِ

jagaan Allah Yang Maha Penyayang.

 

8

وَفِي الآخِرَةِ سَتُكْرَمُ

Dan di akhirat kelak kamu akan dimuliakan

وَتَسْكُنُ جَنَّاتِ الخُلُودِ

dan ditempatkan di syurga yang kekal

مَعَ الصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ

bersama orang-orang siddiq dan para syuhada

وَالصَّالِحِينَ

serta orang-orang soleh.

...................

Apabila Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya memberikan kamu harta kekayaan, maka janganlah kamu terpengaruh dengan harta itu sehingga kamu lupa dan tidak lagi taat kepada Allah.

Jika kamu lupa dan tidak taat kepada-Nya kerana adanya harta itu, maka kamu akan terdinding daripada-Nya, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Maka, mungkin juga harta itu akan diambil-Nya kembali sehingga kamu menjadi miskin papa. Namun, jika kamu tetap mengingati dan taat kepada Allah, serta hatimu tidak sesekali terpengaruh dengan harta benda itu, maka Allah akan memberikan harta itu kepadamu dengan percuma dan tidak akan mengurangkannya walau sedikit pun.

Harta benda adalah hamba kamu, sedangkan kamu pula ialah hamba Allah.

Oleh itu, hendaklah kamu menjalani kehidupan ini di bawah jagaan Tuhan Yang Maha Penyayang. Di akhirat kelak, kamu akan dimuliakan dan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi bersama-sama orang-orang yang siddiq, syahid dan soleh.

Perbincangan (0)

Belum ada komen. Jadilah yang pertama berkongsi pandangan!