Syarahan yang ke-34
Alangkah hairannya jika kamu marahkan Tuhan dan menyalahkannya atau mengatakan tidak adil dan melambat-lambatkan pemberian sesuatu atau membuangkan marabahaya. Tidakkah kamu tahu bahawa tiap-tiap sesuatu kejadian atau peristiwa itu ada masanya yang ditentukan, dan tiap-tiap marabahaya itu telah ditetapkan tempohnya?
Tidak boleh ditangguhkan atau dipercepatkan masa bahaya, tidak boleh ditukar kepada masa aman, dan masa aman pula tidak boleh bertukar kepada masa huru-hara. Oleh itu, kamu hendaklah bersopan santun, diam, dan jangan banyak bercakap. Bersabar, berserah dengan sukarela kepada Dia, bersesuaian kehendakmu dengan kehendak Dia. Taubat, taubatlah kepada Allah kerana kesalahan kamu itu.
Manusia dan makhluk itulah yang tertakluk kepada Allah, dan Allah tidak tertakluk kepada manusia dan makhluk. Terpulanglah kepada manusia meminta kepada Dia dan Dia yang memberi, tetapi tidak termesti yang Dia mesti memberi permintaan hamba-hamba-Nya.
Terpulanglah kepada Allah sama ada hendak mengabulkan atau tidak mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya.
Dia sahaja yang Maha Agung dan Maha Kaya, serta berdiri sendiri-Nya tanpa sekutu apa-apa jua.
Dia menjadikan sesuatu dan menentukan kebaikan atau kejahatan. Dia mengetahui awal dan akhirnya makhluk itu dan tujuan mereka.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung itu Maha Bijak dalam tindak-tanduk-Nya dan Maha Tegas dalam aturan-Nya, dan tidak ada berlawanan dalam lakuan-lakuan-Nya.
Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan tidak juga tanpa tujuan. Bukanlah kerja-kerja-Nya itu main-main sahaja, tidaklah wajar perbuatan-perbuatan-Nya itu ada cacat cela kerana Dia Maha Bijak, Maha Tahu.
Hendaklah kamu bersabar dan tunggu jika kamu rasa jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia dan dalam menunjukkan penyerahan kamu kepada-Nya dan dalam memfanakan diri kamu kepada-Nya, sehinggalah sampai takdir Ilahi di mana tempoh masa itu telah cukup dan masa bertukar telah datang, umpama siang berganti malam atau musim panas berganti musim sejuk.
Berikut ialah teks tersebut yang telah dibetulkan ejaan, huruf besar, tanda baca, serta penulisan imbuhan dan transliterasi ayat al-Quran mengikut kesesuaian teks:
Jika kamu minta cahaya siang di waktu malam, tentulah kamu tidak akan diberi. Malam tetap malam, tidak ada cahaya siang waktu itu. Oleh itu, bersabar dan tunggulah sehingga malam itu berakhir.
Dan siang pun sampai, maka dapatlah kamu cahaya siang. Jika waktu siang itu pula kamu hendakkan gelap malam, maka tidaklah kamu dapat kerana siang tetap siang dan kamu minta bukan pada tempatnya. Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa reda, sabar, dan berpegang teguh kepada Tuhan yang Maha Tahu itu semua.
Percayalah, apa yang ditetapkan Dia untukmu pasti kamu dapat, dan apa yang ditetapkan untuk orang lain pasti tidak kamu dapat. Demikianlah yang aku percaya, kecuali kamu minta dari Allah dan harapkan pertolongan dengan sembahyang dan doa yang sungguh-sungguh, menyembah-Nya dan patuh kepada-Nya serta menjalankan perintah-Nya, seperti firman-Nya:
"Wa qāla rabbukumud'ūnī astajib lakum, innal-lażīna yastakbirūna 'an 'ibādatī sayadkhulūna jahannama dākhirīn."
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."
Firman-Nya lagi:
"Wa lā tatamannau mā faḍḍallāhullāhu bihī ba'ḍakum 'alā ba'ḍ, lir-rijāli naṣībum mimmaktasabū wa lin-nisā'i naṣībum mimmaktasabn, was'alullāha min faḍlih, innallāha kāna bikulli syai'in 'alīmā."
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Lain-lain lagi ayat-ayat al-Quran dan sabda Nabi: kamu berdoalah kepada-Nya dan Dia akan terima doamu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, dan di hujung tempoh itu, dan bila dikehendaki-Nya, dan juga jika ada kebaikan kepada kamu dalam hal ini, sama ada untuk dunia atau untuk akhirat, atau semua itu bersesuaian dengan takdir-Nya dan di hujung tempoh yang ditetapkan.
Janganlah salahkan Dia jika permohonanmu lambat diterima dan janganlah jemu meminta kerana sebenarnya jika kamu tidak untung, maka kamu pun tidak juga rugi. Jika permintaan kamu tidak diterima di dunia ini, maka Allah akan memberinya di akhirat kelak.
Ada satu hadis Nabi yang menyatakan bahawa di hari kebangkitan kelak, hamba-hamba Allah akan dapati dalam bukunya tentang perbuatan-perbuatan hamba-hambanya bahawa ada perbuatan yang baik yang hamba itu tidak tahu, maka dia akan diberitahu bahawa ini adalah pertukaran untuk doanya dalam dunia ini yang telah tidak ditakdirkan untuk diterima.
Dengan demikian, sekurang-kurangnya si hamba itu hendaklah selalu ingat kepada Allah dan berpegang teguh kepada-Nya dan bertauhid kepada-Nya sambil kamu memohon kepada-Nya. Jangan kamu meminta kepada orang lain, mintalah kepada Allah. Oleh yang demikian, siang dan malam, sihat atau sakit, waktu perang atau waktu aman, waktu senang atau waktu susah, kamu adalah berada dalam salah satu daripada dua keadaan ini:
-
Sama ada tidak bermohon dan tetap berpuas hati dan rela dan menyerah kepada lakuan Allah seperti mayat yang sedang dimandikan atau seperti bayi di pangkuan ibunya atau seperti bola di kaki pemain bola. Orang yang seperti ini menurut sahaja dengan rela apa yang ditakdirkan Tuhan. Jika kebaikan datang, ia bersyukur. Firman Allah yang maksudnya: "Dan ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti akan Kami menambah nikmat kepada-mu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Jika malapetaka datang, maka ia bersabar dan reda dengan pertolongan, daya upaya daripada Allah juga, teguhan hati dan rahmat daripada Allah jua, seperti firman Allah:
Ya ayyuhalladzina amanusta'inu bisabri wasolah innallaha ma'ashabirin
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
Lain-lain perkataan: Dia beserta dengan orang-orang yang sabar dengan kurniaan-Nya seperti pertolongan dan kekuatan, seperti kata-Nya: "Jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan memperteguhkan pendirian kamu."
Apabila kamu telah menolong Allah dengan menumpaskan hawa nafsu kamu dan dengan tidak menyalahkan Dia dan dengan menghindarkan diri daripada tidak rela terhadap lakuan-Nya kepada kamu dan kamu menjadi musuh kepada diri kamu sendiri kerana Allah bersedia memancungkan dengan pedang apabila ia tergerak hendak kufur atau syirik, dan kamu penggal kepalanya dengan kesabaran dan bersesuaian dengan Allah dan juga kamu rela dengan lakuan-Nya dan janji-janji-Nya, maka jika kamu berbuat demikian, Allah akan menjadi penolong kamu. Firman Allah yang maksudnya lebih kurang: "Dan berilah khabar baik kepada orang-orang yang sabar. Apabila bencana menimpa mereka, mereka berkata: sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali. Inilah mereka yang mendapat limpahan rahmat daripada Allah dan mereka ialah pengikut-pengikut dalam jalan yang benar."
Yang kedua:
-
Ataupun bermohon kepada Allah dengan sembahyang dan berdoa dengan penuh harap, bermohon kepada Allah dengan penuh harapan, mengagungkan-Nya dan patuh kepada-Nya. Ya, serulah Allah, itulah dia yang baik dilakukan kerana Allah sendiri menyuruh kamu bermohon kepada-Nya dan berhadap kepada-Nya dan menjadikannya cara untuk kesenangan kamu, ibarat satu utusan daripada kamu kepada Dia dan satu perhubungan dengan Dia, tetapi biarlah dengan syarat iaitu kamu tidak menyalahkan Allah dan marahkan Dia sekiranya permohonan kamu itu ditangguhkan ke satu masa hadapan yang telah ditentukan.
Oleh yang demikian, perhatikanlah perbezaan antara kedua keadaan itu dan janganlah melampaui batasan yang dua itu kerana tidak ada keadaan lain lagi selain yang dua itu. Oleh itu, berhati-hatilah agar kamu tidak jadi orang yang zalim dan melampaui batas.
Jika kamu zalim dan melampaui batas, Allah akan membinasakan kamu dan tidak peduli kepada kamu seperti orang-orang sebelum kamu dibinasakan dan dihancurkan Tuhan di dunia ini dan di akhirat kelak akan didera dan dihukum dengan seksaan yang amat pedih. Pujian bagi Allah yang Maha Besar dan Maha Agung. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui keadaanku, kepada Engkau sahaja aku menyerahkan diri.